ANNOUNCEMENT - VOTING FOR CONTRACT WORKS 1/2012

MPSP will be having the 1st voting for contract works year 2012.
(Click for more information)

AEROBICS WITH MPSP

MPSP will organize 'SENAMROBIK BERSAMA MPSP' program on:

Date      : 4th February 2012 (Saturday)

Time      : 7:15 a.m.

Venue    : Padang Awam Jawi, SPS

All Seberang Perai residents are invited to join the program.

 

PRESIDENT'S STATEMENTS ON 30TH JANUARY 2012

KENYATAAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
MESYUARAT MAJLIS PENUH
30 JANUARI 2012

 


1. UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI MAJLIS

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada 20 orang Ahli Majlis MPSP yang telah disambung sebagai Ahli Majlis MPSP dan juga 4 orang Ahli Majlis MPSP yang baru,  yang dilantik oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Saya  berharap,  Ahli Majlis-Ahli Majlis yang dilantik akan bekerjasama dan memberi sokongan yang padu untuk mencapai Visi MPSP iaitu “Menjadikan Seberang Perai bersih, indah dan selesa didiami, bekerja serta menjadi tarikan pelaburan“ .  Tak lupa juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Majlis 2011 terdahulu, yang telah banyak memberi sumbangan kepada MPSP dalam meningkatkan mutu perkhidmatan MPSP kepada orang ramai.

2. PEGAWAI BARU BERJAWATAN TETAP KUMPULAN PENGURUSAN DAN FROFESIONAL

Sukacita di sini, dimaklumkan bahawa MPSP telah melantik seorang pegawai Pengurusan & Profesional ke jawatan tetap di dalam usaha memantapkan lagi pentadbiran Majlis.  Berikut, saya perkenalkan pegawai tersebut, iaitu ;

i. Penolong Pengarah Undang-Undang gred L41 iaitu Puan Siti Rahmah bt Md Yusoff yang telah dilantik pada 3 Januari 2011

 

3. SENAMROBIK BERSAMA MPSP

 Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa program Senamrobik Bersama MPSP di Daerah Seberang Perai Selatan akan diadakan pada 4 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Padang Awam Jawi, jam 7:30 pagi. 

Justeru, saya ingin menjemput semua yang berada di sini dan juga seluruh Warga Seberang Perai untuk turut bersama-sama MPSP, menjaga kesihatan disamping mengeratkan lagi hubungan antara MPSP dan orang ramai.

 
4. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Negeri Pulau Pinang, Majlis Kesyukuran (Bacaan Yaasin dan Tahlil) akan diadakan pada 2 Februari 2012 (Khamis) mulai jam 7:00 malam bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Manakala pada 5 Februari 2012 (Ahad), Majlis Perarakan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang mulai jam 7:30 pagi sementara Perhimpunan Ummah pula akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada jam 9:30 pagi.

Semua umat Islam adalah dijemput hadir ke program sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

 

5. CABUTAN BERTUAH PEMENANG PROMOSI BAYARAN CUKAI SETAHUN 2012  PADA DISEMBER 2012

 Sukacita di sini saya memaklumkan bahawa Majlis Cabutan Pemenang Promosi Bayaran Cukai Setahun 2012 pada Disember 2011 yang lalu akan diadakan pada hari ini di mana 21,495 pemilik premis adalah layak menyertai cabutan bertuah ini.

Pada hari ini, Majlis akan membuat sebanyak 36 cabutan pemenang selepas Mesyuarat Majlis Penuh ini dan pada 29 Februari 2012 (Rabu) akan datang, Majlis Cabutan dan Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah akan diadakan di mana semua pemenang yang bertuah diminta untuk hadir bersama bagi cabutan hadiah yang akan diperolehi. Hadiah-hadiah yang telah disediakan adalah 7 unit  Ipad 2  , 3 unit netbook, 3 unit TV LCD, 6 unit handphone, 2 unit digital kamera dan 14 unit barangan elektrik.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2012 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada :

Tarikh     :    28 Januari 2012 (Sabtu)

Masa      :    6.00 petang - 10.30 malam

Tempat   :    Padang Bandaran, Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth

Semua Warga Seberang Perai dijemput hadir.

 tbc

 

 

 

RESULT OF QUOTATION

 

List Of Successful Contractors (Click To View)