PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA PROGRAM KEMPEN TANDAS BERSIH 2012(KATEGORI PASARAYA)

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan akan mengadakan Pertandingan Mewarna semperna Program Kempen Tandas Bersih 2012(Kategori Pasaraya) bertempat di:

Tempat : Ruang Legar Ground Floor, Aeon Seberang Perai City, JUSCO Bandar Perda
              (berhampiran kawasan Permainan Kanak-Kanak)
Tarikh : 5 Mei 2012(Sabtu)
Jam : 12.00 Tengahari -2.00 Petang

Warga Seberang Perai yang berumur 3 hingga 12 tahun layak mengambil bahagian.

Borang pendaftaran boleh diperolehi daripada Pembantu Kesihatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Tingkat 7, Ibupejabat MPSP Bandar Perda atau hubungi Puan Rozita Ismail di talian 5497551.

Bayaran masuk adalah PERCUMA.

Peserta hendaklah membawa Peralatan Mewarna sendiri.

Hadiah akan diberikan kepada 6 peserta terbaik mengikut 2 Kategori iaitu Kategori 3 - 6 tahun dan Kategori 7 -12 tahun.

 

 

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH, PIALA GREEN MPSP 2012

bola2

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada mana-mana pasukan bolasepak lelaki sahaja.
2. Yuran penyertaan sebanyak RM 150.00 sahaja (Tunai Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh sahaja) hendaklah disertakan bersama borang penyertaan kepada urusetia.
3. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan kepada pasukan yang menarik diri daripada pertandingan selepas pengundian dijalankan.
4. Pada hari pertandingan semua pasukan dikehendaki melapor kepada urusetia sebelum perlawanan pusingan pertama dijalankan untuk pengesahan pasukan dan pemain. Pertukaran pendaftaran pemain hanya dibenarkan sebelum perlawanan pusingan pertama pasukan itu dijalankan.
5. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja, jika terdapat mana-mana pemain yang mendaftar dan bermain melebihi satu pasukan maka pasukan-pasukan yang mendaftar pemain itu akan dibatalkan penyertaannya dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
6. Setiap pasukan bolehlah mendaftar maksima 9 pemain dan 3 pemain simpanan termasuk pengurus pasukan.
7. Untuk memulakan perlawanan, setiap pasukan perlu masuk ke padang dengan minima 6 orang pemain. Setelah permainan bermula jumlah minima pemain tidak lagi diambil kira tetapi mestilah tidak melebihi 9 pemain pada setiap masa.
8. Pertukaran pemain gantian hanya dibenarkan 3 kali maksima pada setiap perlawanan dan pemain yang telah diganti tidak boleh lagi bermain pada perlawanan yang sama.
9. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
10. Masa permainan selama 15 minit  keseluruhan (setiap separuh masa 7+1+7)
11. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FIFA yang diterima pakai oleh FAM.
12. Seseorang pemain yang menerima kad kuning semasa bermain, kad kuning tersebut tidak akan dibawa ke perlawanan seterusnya.
13. Seseorang pemain yang menerima kad merah akan digantung permainan mengikut kesalahan melalui proses tindakan disiplin oleh pihak penganjur.
14. Jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, berikut adalah proses menentukan pemenang:
-3 sepakan penalti akan diberi kepada setiap pasukan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan 3 pemain untuk mengambil sepakan penalti.
-Sekiranya masih lagi keputusan seri tambahan satu sepakan penalti akan diberi kepada setiap pasukan.
-Selepas 3+1 sepakan penalti masih berkedudukan seri, pemenang akan ditentukan dengan 3 kali  lambungan siling oleh Pengadil perlawanan.
15. Pengurus pasukan mestilah peka kepada jadual, masa, perubahan waktu dan pengumuman oleh pihak urusetia. Kelewatan atau kegagalan pemain berada diatas padang dalam tempoh 3 minit selepas pengumuman, Pengadil akan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan.
16. Sekiranya berlaku penggunaan warna jersi yang sama, Pengadil perlawanan akan membuat undian untuk menentukan pasukan yang perlu menukar jersi atau memakai vest yang disediakan oleh pihak penganjur
17. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Bantahan akan dikenakan bayaran tunai RM300.00 dan perlu mengisi borang bantahan selewat-lewatnya 20 minit selepas perlawanan tamat dan wang bantahan tidak akan dipulangkan jika bantahan ditolak.
18. Jawatankuasa penganjur berhak meminda / membuat peraturan tambahan selaras dengan keperluan dan matlamat penganjuran aktiviti ini.

Borang Penyertaan.

Borang yang lengkap berserta wang tunai bolehlah diserahkan kepada wakil-wakil seperti di bawah :

1. En Ishak Bin Ahmad (012 463 4493)
2. En Azhar Bin Awang Kechik (012 4778475)
3. En Abdul Latif Bin Abdullah (019 5605755)

 

RESULTS OF VOTING FOR CONTRACT WORKS 4/2012

List Of Successful Contractors (Click To View)

 

RESULT OF TENDER BOARD MEETING BIL. 2/2012

List Of Successful Contractors (Click To View)

RESULTS OF VOTING FOR CONTRACT WORKS 3/2012


List Of Successful Contractors (Click To View)