PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA KEMPEN TANDAS BERSIH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012
1. Tujuan
Tujuan untuk memaklumkan mengenai Pertandingan Mencipta Tema sempena Kempen Tandas Bersih
Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012.
2. Latar Belakang
Tujuan pertandingan ini adalah untuk mendapatkan tema yang bersesuaian dengan Kempen Tandas Bersih
yang bakal dilaksanakan di Peringkat Negeri Pulau Pinang kelak sepanjang tahun 2012.
3. Bentuk Pengiktirafan
Pemenang pertandingan ini akan menerima plak, wang tunai dan sijil penyertaan.
Tempat Pertama : RM750.00, plak dan sijil penyertaan
Tempat Kedua : RM500.00, plak dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : RM300.00, plak dan sijil penyertaan
Saguhati : 5xRM50.00, plak dan sijil penyertaan
4. Syarat Penyertaan
a) Terbuka kepada semua rakyat Negeri Pulau Pinang
b) Penyertaan boleh dilakukan sama ada melalui borang penyertaan
c) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan.
5. Syarat-Syarat Pertandingan
a) Setiap tema yang dihantar hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:
i) Mengandungi perkataan ‘Tandas’
ii) Menekankan isu-isu kebersihan serta Konsep "Cleaner Greener Penang"
b) Jumlah perkataan bagi setiap tema mestilah TIDAK MELEBIHI tujuh (07) patah perkataan.
c) Setiap tema yang dikemukakan hendaklah disertai dengan penerangan yang jelas dan tepat.
(Tidak lebih daripada 30 patah perkataan).
d) Penciptaan tema mestilah karya asli peserta (panel penilai berhak untuk menolak penyertaan
sekiranya didapati tidak asli).
e) Tema tersebut hendaklah dikaryakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
f) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.
g) Semua penyertaan hendaklah ditaip dan borang penyertaan boleh didapati di laman web
http://www.penang.gov.my
h) Tema yang dikaryakan TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif/agama/bangsa dan menggunakan
perkataan kurang sopan.
6. Keputusan Pertandingan
a) Keputusan yang dibuat oleh Panel Penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan dan
bantahan tidak akan dilayan.
b) Hanya seorang pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh urus setia pertandingan.
7. Penyampaian Hadiah
a) Hadiah untuk pemenang akan disampaikan sempena Perasmian Kempen Tandas Bersih yang akan
diadakan pada bulan Februari 2012.
8. Penghantaran Borang Penyertaan
a) Setiap borang penyertaan hendaklah dihantar kepada alamat atau emel seperti berikut:
Urus Setia
Pertandingan Mencipta Tema Kempen Tandas Bersih
Bahagian Kerajaan Tempatan
Tingkat 20
10503 KOMTAR
Pulau Pinang.
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel. : 04-6505658
Faks : 04-2616402
9. Tarikh Tutup Permohonan
a) Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2012 (Rabu).
Untuk muat turun borang penyertaan, sila (klik) .