Building Department
Mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang - undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan dasar - dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan undang - undang kawalan bangunan - bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang - undang Kecil di atas.
|
||
BAHAGIAN / UNIT
|
||
Bahagian Kawalan Bangunan
|
||
i.
|
Unit Seberang Perai Utara
|
|
ii.
|
Unit Seberang Perai Tengah
|
|
iii.
|
Unit Seberang Perai Selatan
|
|
Bahagian Pentadbiran
|
||
i.
|
Unit Pentadbiran
|
|
ii.
|
Unit R&D
|
|
Fungsi Jabatan Bangunan adalah seperti berikut:
|
||
Peranan Jabatan Bangunan adalah untuk memastikan pemajuan dan kawalan pembangunan di kawasan Seberang Perai adalah teratur, terancang, inkulsif, hijau serta pintar selaras dengan misi Jabatan untuk Memberi Perkhidmatan Kawalan Pembangunan Yang Efisien dan Berkualiti.
|
||
Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melaksanakan fungsi kawalan bangunan bagi seluruh kawasan Seberang Perai di bawah akta yang diperuntukkan seperti Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 serta pindaaan - pindaan yang berkuatkuasa dan garis panduan-garis panduan dalaman MBSP yang telah diluluskan.
|
||
Kawalan Pembangunan merangkumi aspek kelulusan, penguatkuasaan sebelum, semasa dan selepas bangunan siap dibina serta pemantauan tapak bina dari peringkat kerja pembinaan dimulakan sehingga Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan PSP.
|
||
Jabatan juga menjalankan program - program berbentuk kesedaran / pendidikan kepada warga Seberang Perai dan juga berperanan melaksanakan projek - projek Majlis.
|
||
Memproses dan menimbangkan permohonan pelan – pelan bangunan seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 (UKBS 1986).
|
||
Mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan terhadap aktiviti permajuan yang tidak mengikut syarat kelulusan Majlis Bandaraya Seberang Perai di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam 1986.
|
||
Bertindak sebagai penasihat Majlis di dalam perkara - perkara mengenai kawalan bangunan mengikut Akta, Undang - Undang Kecil dan Polisi Majlis.
|
||