PANGGILAN UNTUK MENGEMUKAKAN HARGA PEMBELIAN BAGI KESELURUHAN TANAH DAN BANGUNAN IBU PEJABAT MPSP DI JALAN DATUK HAJI AHMAD SAID, BUTTERWORTH (13/01/2011)

 

Permohonan untuk membeli keseluruhan tanah dan bangunan MPSP di Jalan Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth dibuka kepada semua warganegara Malaysia samada individu atau syarikat.  Panggilan untuk mengemukakan harga pembelian akan ditutup pada 17 Januari 2011 jam 12:00 tengahari.  Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma di Kaunter Berpusat MPSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Bakal-bakal pembeli diingatkan bahawa penjualan tanah dan bangunan MPSP ini adalah tertakluk kepada konsep “As is where is” dan MPSP tidak terikat untuk meluluskan mana-mana permohonan yang menawarkan harga yang tertinggi.

Bakal-bakal pembeli juga dinasihatkan untuk membuat carian rasmi di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang bagi melihat butir-butir hakmilik tanah. Untuk bakal-bakal pembeli yang berminat untuk membuat lawat periksa bangunan boleh menghubungi En. Syahrir di talian 04-5497496.

Penjualan ibu pejabat MPSP ini dapat membantu mengaktifkan semula bandar Butterworth melalui pihak ketiga. Oleh itu, pembeli yang berminat disyorkan membeli dan mencadangkan pembangunan yang boleh menjadi tarikan pengunjung ke bandar Butterworth.  Ini juga akan meningkatkan keceriaan bandar khususnya bandar Butterworth yang juga merupakan salah satu fokus MPSP.

Pengumuman Keputusan Undian Bil. 1/2011 (17/01/2011)

 

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

Panel Penilai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2010 (17/01/2011)

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah tersenarai di antara 4 agensi kerajaan terbaik di dalam Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)  2010. Sehubungan itu, pada 18 Jan 2011 (Selasa) jam 9.30 - 12.30 tengahari, MPSP akan menerima kunjungan panel penilai AIPK.

 

Sekian, harap maklum