PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (BIL. 14/2011)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 29 JULAI 2011

Kenyataan Yang DiPertua

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Majlis Penuh Pada 29 Julai 2011 

 

1.PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis iaitu Encik Ideris bin Ibrahim yang telah mengangkat sumpah penerimaan jawatan sebentar tadi. Saya harapkan Encik Ideris akan dapat bekerjasama dengan MPSP untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan MPSP. Kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Zulkiefly bin Saad yang mana perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP telah tamat pada 30 Jun 2011 yang lalu. Majlis ingin merakamkan sekalung penghargaan di atas sumbangan dan kerjasama beliau selama ini.


2.ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM 2010-ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

MPSP telah turut serta dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan di Peringkat Nasional 2010. MPSP telah berjaya ke Peringkat Akhir dan berjaya di senarai pendekkan diantara tiga organisasi paling atas di Malaysia (top three in the country). Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 28 Julai 2011. Walau pun MPSP tidak memenangi hadiah anugerah tersebut, tetapi MPSP telah berjaya meletakkan namanya di antara tiga organisasi teratas di Malaysia adalah merupakan satu pencapaian yang amat cemerlang. Saya berharap ketua jabatan perbendaharaan dan ketua jabatan yang lain akan menjadikan pencapaian ini sebagai perangsang untuk membakar semangat bagi terus berusaha menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai budaya Perkhidmatan kita di MPSP

3. PENERIMAAN PINGAT ANUGERAH TYT SEMPENA HARI JADI YANG KE-73

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas anugerah yang telah dikurniakan sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Negeri Yang Ke-73 yang lalu, iaitu ;

 

Bil.

Nama

 

Pingat

1

Maimunah Mohd Sharif

Yang DiPertua

DJN

2

Sr. Hj Rozali bin Hj. Mohamud

Setiausaha Perbandaran

BCN

3

En. Mohd Hairay bin Mohd Yusof

Perbendaharaan

PKT

4

En. Shahrulnizad bin Abd Razak

Perbendaharaan

PJK

5

Pn. Siti Haslinda binti Hasan

Pembangunan Korporat

PJK

6

Pn. Norhayati Sulaiman

Khidmat Pengurusan

PJK

7

En. Baderul Majidi bin Abdul Rahman

Penilaian

PJK

8

En. Zakaria bin Ismail

Perancang Bandar

PJK

9

En. Daeng Mustaffa Kamal bin Daeng Md Ibrahim

Undang-Undang

PJK

10

Pn. Sarimah binti Ismail

Perancang Bandar

PJK

11

En. Amir Ghazali

Ahli Majlis

PJK

12

Cik Kusala Kumari a/p A. Shanmugam

Ahli Majlis

PJK

13

Pn. Lye Foong Chee

Perbendaharaan

PJK

14

En. Munir bin Affan @ Murad

Direktorat Penguatkuasaan

PJM

15

En. Faizal bin Abu Bakar

Undang-Undang

PJM

16

En. Sharul Nizam bin Shazalee

Khidmat Pengurusan

PJM

17

En. Jamaludin Bin Mat

Pembangunan Korporat

PJM

18

Pn. Nooriza binti Hashim

PerancangBandar

PJM

19

En. Mok Chek Kuang

Perancang Bandar

PJM

20

En. Zainuddin bin Md Ma'asoom

Khidmat Pengurusan

PBS

21

En. Md Rejab bin Idris

Khidmat Pengurusan

PBS

22

En. Md Jusoh bin Md Isa

Khidmat Pengurusan

PBS

23

En. Gannesan a/l Kanan

Khidmat Pengurusan

PBS

24

En. Arumugom a/l Velloo

Khidmat Pengurusan

PBS

25

En. Edmond a/l Govindasamy

Khidmat Pengurusan

PBS

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. MAJLIS MELONTAR EM MUDBALL SEMPENA PROGRAM "A MILLION APOLOGIES TO MOTHER EARTH"

Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan pada 31 Julai 2011 (Ahad) bermula jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di Tapak Rekreasi Sungai Juru (berhampiran Pejabat JPS, SPT). Perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri. Sehubungan itu, semua yang berada di sini, dijemput untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi program program tersebut.

5.SISTEM TEMPAHAN GOTONG ROYONG MPSP

Dimaklumkan bahawa MPSP telahpun melancarkan Tempahan Gotong-Royong Online pada 23 Julai 2011 (Sabtu) yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri. Sehubungan itu, sekiranya pihak tuan / puan ingin memohon peralatan untuk tujuan gotong-royong, disarankan untuk mengemukakannya melalui laman web MPSP (24 jam) seperti berikut ;
www.mpsp.gov.my.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran ditalian 04-5497649.

6. STATUS TERKINI PROGRAM CSR MPSP
(Corporate Social Responsibility)

Pada 30 Jun 2011, MPSP telah melancarkan 25 tapak untuk program CSR (Pengindahan dan Landskap). Status terkini program ini lah pihak SPEAD telah bersetuju untuk berkerja sama dengan MPSP untuk melaksanakan Pengindahan Sungai Perai untuk di jadikan taman jajar (linear park). 3 buah bulatan (round about) telah di persetujui oleh 3 syarikat swasta untuk di jadikan program angkat mereka. Saya menyeru organisasi , syarikat swasta, pihak industri, institusi kewangan seperti bank, syarikat insuran dan lain-lain untuk tampil bekerjasama dengan MPSP bagi membersihkan, menceriakan dan mencantikan kawasan kita.

7.SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN
HARI NUZUL AL-QURAN

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H / 2011M yang dijangka jatuh pada 1 Ogos 2011 kepada semua umat Islam dan seterusnya Selamat Berpuasa. Hari Nuzul Al-Quran juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan dijangka jatuh pada 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan yang merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.

8.SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN MENGIBAR JALUR GEMILANG TAHUN 2011

Dimaklumkan bahawa Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-54 akan disambut di seluruh negara tidak lama lagi. Beberapa program sedang dirancang untuk dilaksanakan bagi tujuan tersebut. Di Peringkat Negeri Pulau Pinang, acara sambutan akan dimulakan dengan program Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang. Program tersebut akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari Sabtu, 30 Julai 2011 jam 2:00 petang bertempat di Aras 3, Konkos, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang. Sehubungan itu, adalah diharapkan semua warga Seberang Perai terutama pemilik premis perniagaan dapat menghias premis, kediaman, bangunan dan kawasan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan juga memasang lampu-lampu berwarna-warni pada waktu malam sepanjang perayaan ini.
Tema Hari Kemerdekaan Ke-54 pada tahun ini adalah “Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ” .
Kerjasama dari semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.


9.TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN JULAI 2011

Sepanjang bulan Julai 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 56 notis berhenti kerja dan 73 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran serta menjalankan 2 operasi meruntuh di Megamall dan Jalan Perai Jaya.

Sebanyak 1534 buah Premis Perniagaan juga telah diperiksa dan dari jumlah tersebut, sebanyak 118 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 231 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 11,550.00 bayaran diterima.

Sebagai makluman, sebanyak 10,780 kompaun parking telah dikeluarkan oleh Direktorat Penguatkuasaan dan 7,609 kompaun telah dibayar berjumlah RM143,062.00 sepanjang bulan Julai 2011.


SEKIAN, TERIMA KASIH. 

Cabutan Kerja Undian Kali Ketiga Bil 3/2011

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Cabutan Kerja Undian kali ketiga bagi tahun 2011.
(Sila Klik untuk maklumat lanjut)

Kenyataan Yang DiPertua Bulan April 2011

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 28 April 2011

  1. 1.    PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

 

1.1     PENYEDIAAN NOTA MESYUARAT DALAM TEMPOH 24 JAM

MPSP telah membuat penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan Nota Mesyuarat, yang perlu dikemukakan dalam tempoh 24 jam oleh pegawai yang hadir ke sesuatu mesyuarat, supaya dapat disalurkan kepada pihak pengurusan atasan. Ianya adalah bertujuan untuk tindakan yang segera atau secepat mungkin, dapat dilaksanakan oleh jabatan berkaitan terhadap perkara atau isu yang diputuskankan di dalam mesyuarat tanpa menunggu Minit Mesyuarat dikemukakan oleh pihak urusetia mesyuarat.

 

1.2 MAKLUMBALAS ADUAN OLEH MPSP

Maklumbalas atau aduan pelanggan kepada MPSP, adalah sangat dihargai dan sentiasa diberi perhatian yang serius kerana ia sememangnya berharga dan boleh membantu dalam usaha MPSP untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada semua para pelanggan. Orang ramai adalah merupakan “eyes and ears” kepada MPSP untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

MPSP menguatkuasa Piagam Pelanggan iaitu, MPSP akan mengemukakan maklumbalas terhadap tindakan yang diambil atau akan diambil kepada pengadu dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima aduan. 

 

  1. 2.    TASK FORCE PENANG SCIENCE PARK DAN KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK

Pihak MPSP telah menubuhkan Task Force Penang Science Park dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak pada 20 April 2011 dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Federal Federation Of Malaysian Manufactures (FMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak MPSP sendiri. Task Force ini diwujudkan supaya perkhidmatan di kawasan tersebut dapat dipantau dan diambil tindakan segera untuk kepentingan pihak pelabur di kawasan tersebut yang memberi impak yang besar terhadap pembangunan di Seberang Perai. Antara aspek yang akan diambil kira adalah Infrastruktur, Pembersihan dan Pengindahan, Utiliti dan Keselamatan. MPSP juga akan menubuhkan Task Force di Taman Perindustrian yang lain dalam masa terdekat ini.

  

  1. 3.    TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN APRIL 2011 

Sepanjang bulan April 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 38 notis berhenti kerja dan 55 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran.

Sebanyak 1327 buah premis perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 157 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan 225 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 55 kompaun ke atas kenderaan Lori Tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 177 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 8,850 telah bayaran diterima.

Manakala bagi kompaun parking pula, sebanyak 7973 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah RM80,305 sepanjang April 2011.

 

4.    HARI PEKERJA

1 haribulan Mei setiap tahun, Hari Pekerja sebenarnya mengingatkan kita betapa besarnya sumbangan para pekerja ke atas pembangunan negara. Pekerja adalah tonggak kemajuan, kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara. Tanpa pekerja, terutamanya pekerja yang dedikasi dan produktif, tidak mungkin kita akan mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti yang dinikmati sekarang ini. Justeru, kita harus melihat sambutan Hari Pekerja ini sebagai wadah bagi menghargai sumbangan seluruh warga pekerja dalam memacu pembangunan negara ke arah kemajuan dan kemakmuran. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Pulau Pinang amnya dan seluruh warga Seberang Perai khususnya yang akan disambut pada 1 Mei 2011 (Ahad).

 

5.    HARI WESAK

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Seberang Perai, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak yang akan disambut pada 17 Mei 2011 (Selasa).

 

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Sistem Berkomputer

Adalah dijemput Kontraktor/Pembekal yang berkelayakan dalam membangunkan sistem pengaturcaraan berkomputer untuk berdaftar dengan Pihak Majlis.

 

Kontraktor/Pembekal yang berminat diminta untuk mengemukakan profil syarikat tuan/puan kepada Bahagian Teknologi Maklumat untuk perhatian Encik Abdul Fikri Ridzauudin Bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat atau melalui penggunaan emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh dihubungi di talian 04-5497443.