Kemudahan Sukan & Dewan
NOTIS PEMBERITAHUAN
|
|||||||||||
Dimaklumkan bahawa bermula 1hb Disember 2020, kemudahan stadium bola sepak dan trek sintetik, Kompleks Sukan & Rekreasi SPT MBSP Jalan Betek telah diambil alih oleh Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP).
|
|||||||||||
Sehubungan itu, sebarang pertanyaan tentang tempahan fasiliti kemudahan stadium bola sepak dan trek sintetik di Kompleks Sukan & Rekreasi SPT Jalan Betek hendaklah disalurkan kepada :-
|
|||||||||||
|
|||||||||||
Sekian, terima kasih.
|
|||||||||||
PEMBERITAHUAN
|
|||||||||||
Sila ambil perhatian, untuk sebarang tempahan kompleks sukan / dewan MBSP seperti Gelanggang Badminton, Tenis, Bola Jaring, Bola Sepak, Boling Padang dan Hoki, sila hubungi di talian telefon 04 - 5758871 (Kompleks Sukan MBSP Bertam) atau talian 04 - 5497488 (Unit Sukan dan Kemudahan Awam, Jabatan Perhubungan Komuniti). Permohonan juga boleh dibuat melalui e - mel : (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
|
|||||||||||
Bagaimanapun, bagi tempahan kompleks sukan dan dewan yang melibatkan / memerlukan persiapan dan peralatan seperti penganjuran Karnival / Kejohanan / Kenduri, sila berurusan terus dengan Jabatan Perhubungan Komuniti di talian 04 - 5497488 bagi tujuan penyelarasan.
|
|||||||||||
Sila ambil perhatian, tuan / puan perlu mengembalikan resit bayaran kepada bahagian tempahan (Kaunter Berpusat atau Jabatan Perhubungan Komuniti) untuk pengesahan atas tempahan yang telah dibuat.
|
|||||||||||
Sekian, terima kasih.
|
|||||||||||
MAKLUMAN
|
|||||||||||
Berkuatkuasa 1 Jun 2006, kadar sewaan bagi kompleks sukan, dewan dan stadium adalah seperti di bawah. Bayaran cagaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
|
|||||||||||
Cagaran akan dikenakan bagi sewaan slot harian (bagi tempoh 8 jam) atau sewaan sepenuh hari, dan bagi slot jam (sekiranya ia digunakan untuk mengadakan pertandingan) bayaran cagaran yang perlu dibayar oleh penyewa adalah seperti berikut :
|
|||||||||||
Bagi sewaan TEMPAT (bahagian / kawasan / tapak) yang berjumlah RM 1000.00 dan ke bawah, bayaran cagaran adalah separuh (50%) daripada sewa yang dikenakan.
|
|||||||||||
Bagi sewaan TEMPAT (bahagian / kawasan / tapak) yang berjumlah RM 1000.00 - RM 5000.00, bayaran cagaran adalah RM 1000.00.
|
|||||||||||
Bagi sewaan TEMPAT (bahagian / kawasan / tapak) yang berjumlah melebihi RM 5000.00, bayaran cagaran adalah RM 3000.00.
|
|||||||||||
1.
|
Bayaran separuh harga / konsesi diberi terus untuk :
|
||||||||||
Aktiviti - aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan / badan berkanun.
|
|||||||||||
Institusi pengajian / pendidikan kerajaan, persatuan / pertubuhan Sukan yang berdaftar.
|
|||||||||||
Ahli Parlimen, Wakil Rakyat, Ahli Majlis MBSP, Persatuan / Kelab serta Jabatan - Jabatan MBSP.
|
|||||||||||
2.
|
Pengecualian bayaran diberi terus untuk :
|
||||||||||
Aktiviti sukan yang dijalankan oleh Kelab di bawah pengurusan Jabatan Perhubungan Komuniti serta Persatuan Kebajikan, Sukan dan Sosial MBSP (PESUKA).
|
|||||||||||
Program kursus / seminar / bengkel / mesyuarat / latihan yang diadakan oleh Jabatan / Persatuan / Kelab MBSP.
|
|||||||||||
Kemudahan bagi nombor 1 dan 2 adalah untuk aktiviti yang tidak berasaskan keuntungan dan kemudahan ini tidak termasuk tempahan bagi tujuan / kegunaan peribadi.
|
|||||||||||
|
|||||||||||
PENGENALAN
|
|||||||||||
Majlis Bandaraya Seberang Perai menyediakan berbagai kemudahan sukan dan rekreasi untuk orang ramai antaranya ialah :
|
|||||||||||
|
|||||||||||