PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat )

Pengumuman Keputusan Tender (Mesyuarat Tawaran Bil.7/2011)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat )

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UNDIAN BIL 6/2011

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

KEWAJIPAN MEMBAYAR CUKAI PINTU

Pembayar cukai dinasihat agar menjelaskan cukai pintu untuk setengah tahun kedua 2011 pada @ sebelum 29 Ogos 2011. Untuk makluman, Kaunter Bayaran di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda akan dibuka pada 27 dan 28 Ogos 2011 (Sabtu dan Ahad) dari jam 8.30 pagi sehingga 8.30 malam. Manakala pada 29 Ogos 2011 (Isnin), kaunter dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Pembayar cukai diingatkan agar menjelaskan cukai pintu mereka dengan SEGERA bagi mengelak dikenakan denda lewat pada 1 September 2011. Pemilik premis yang masih belum menerima bil cukai pintu mereka dikehendaki datang ke Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda @ ke cawangan MPSP di Jawi dan Butterworth. Mereka juga boleh menyemak dan mencetak bil cukai pintu di laman web MPSP. Pembayar cukai boleh membuat bayaran di: -

1) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

2) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my

3) Bayaran di agensi setempat iaitu: -

(a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

(b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

(c) PDC Setia Urus Sdn Bhd

(d) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

(e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my

(f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)

(g) Telekom Malaysia Berhad

(h) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

4) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

(a) Bank Islam (M) Berhad        (i)  Alliance Bank (M) Berhad 

(b) CIMB Bank Berhad              (j)  Eon Bank Berhad

(c) Citibank Berhad                 (k)  Ambank (M) Berhad

(d) HSBC Bank (M) Berhad       (l)  Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad

(e) Malayan Banking Berhad     (m)  United Overseas Bank (M) Berhad

(f) MBF Cards Sdn Bhd            (n)  Affin Bank Berhad

(g) RHB Bank Berhad               (o)  Public Bank Berhad

(h) Bank Simpanan Nasional


 

KENYATAAN YANG DIPERTUA, SIDANG MEDIA PADA 6 OGOS 2011, ISU PENJAJA YANG MENDIRIKAN KHEMAH (CANOPY) DI UPTOWN BANDAR PERDA

KENYATAAN YANG DIPERTUA
SIDANG MEDIA PADA 6 OGOS 2011
ISU PENJAJA YANG MENDIRIKAN KHEMAH (CANOPY)
DI UPTOWN BANDAR PERDA

1.0LATAR BELAKANG

MPSP telah menerima aduan daripada orang ramai dan peniaga dalam premis di sekitar Perda Utama sebelum bulan Ramadhan bermula. Aduan disalurkan melalui laman web, e-mail, surat dan telefon. Selain daripada itu, MPSP juga menerima banyak bantahan dari peniaga-peniaga di dalam permis sekitar kawasan berkenaan membantah Uptown Ramadhan kerana ianya mengganggu perniagaan harian mereka. Bantahan yang diterima melibatkan isu berikut :

i)Menyebabkan lalulintas yang sesak
ii)Pelanggan tetap premis tidak dapat masuk ke lokasi
iii)Tempat letak kereta tidak dapat digunakan pada siang hari

Penganjur Uptown Ramadhan Bandar Perda ini adalah JKKK Permatang Rawa/Permatang Baru/Simpang Ampat. Kebanyakan peniaga yang berniaga di Uptown Ramadhan ini tidak berniaga pada hari biasa.

2.0TINDAKAN MPSP

Pada 29 Julai 2011, MPSP telah mengadakan pemeriksaan tapak dan menasihatkan penjaja yang berniaga di tempat yang menghalang lalulintas supaya menghentikan perniagaan di kawasan yang menghalang lalulintas. Kemudianya penganjur juga menasihatkan peniaga yang berniaga di LUAR KAWASAN UPTOWN ASAL supaya tidak memasang khemah (canopy) tetapi peniaga enggan mematuhi arahan ini dan telah memasang canopy ini dari sebelah jalan susur petronas sehingga ke jalan hujung lorong Perda Utama 1.

MPSP telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan notis seperti berikut :

i)Notis Untuk Meruntuhkan Canopy     : 23
ii)Tindakan rampasan Canopy yang telah dibuat   : 3

Kawasan yang dibenarkan pemasangan canopy adalah di kawasan tempat letak kereta berhadapan dengan Restoran Nashmir sahaja kerana lokasinya agak tertutup dan tidak menggangu aliran trafik. Bagi kawasan lain dibenarkan berniaga secara konsep pasar malam yang mana peniaga boleh memasang khemah semasa waktu perniagaan sahaja.

3.0RUMUSAN

MPSP menasihatkan peniaga ini supaya menurunkan sendiri canopy yang telah diberi notis dan sekiranya masih enggan MPSP akan mengambil tindakan tegas dengan merobohkan canopy ini.