KENYATAAN MEDIA KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN - 11 MAC 2025

MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
KENYATAAN MEDIA
11 MAC 2025

KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN
 
Baru - baru ini, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menerima aduan mengenai penyamaran (scammer) sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP untuk mengutip bayaran cukai taksiran. Kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu usaha - usaha MBSP untuk mengutip tunggakan cukai taksiran.
 
MBSP telah melantik “Debt Collector” untuk mengutip tunggakan cukai taksiran sejak tahun 2010 hingga kini. Terdapat lima (5) syarikat yang dilantik untuk tempoh 2 tahun iaitu dari 3 Oktober 2022 hingga 2 Oktober 2024. Antara syarat yang termaktub dalam perjanjian adalah kakitangan syarikat tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bayaran dari pemilik premis bagi pihak MBSP.
 
Namun begitu, penyebaran maklumat berkaitan pelbagai program berkaitan cukai taksiran di media sosial telah menarik perhatian scammer di luar sana untuk menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP.
 
Sehubungan itu, pihak MBSP ingin menasihatkan pembayar cukai, pemilik premis dan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati - hati dengan taktik scammer ini agar tidak mudah tertipu dengan kegiatan yang makin berleluasa. Sila dapatkan kepastian atau mengesahkan maklumat dengan MBSP dan membuat aduan kepada MBSP atau PDRM terlebih dahulu sekiranya ada pihak - pihak tertentu yang meminta bayaran ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP.
 
MBSP juga memberi amaran kepada scammer bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk tindakan undang - undang. Kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk membanteras jenayah penipuan ini. Bersama kita membanteras scammer dan lindungi hak serta keselamatan kewangan warga Seberang Perai.
 
Sebarang keraguan, boleh menghubungi Bahagian Hasil di talian 04 - 5497 470 / 471 /696 / 697 atau email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Majlis Bandaraya Seberang Perai
Tarikh : 11 Mac 2025
 

Garbage Depots Building For Rental At Lot 3197, Mukim 13, Taman Industri Beringin, SPT - Closing Date 03rd April 2025

Garbage depots building for rental at Lot 3197, Mukim 13, Taman Industri Beringin, SPT begins on 03rd March 2025 until 03rd April 2025 (before 12.00 pm):

NO
OFFER OF PROPERTY
DOCUMENT
     
1)
Garbage Depots Building For Rental At Lot 3197, Mukim 13, Taman Industri Beringin, SPT.
     

For more information, please contact:

NO
NAME
TEL. NO
1)
En. Ahmad Syahrir B. Jaafar
04 - 5497496
2)
En. Abd Latif B. Yaman
04 - 5497497
3)
En. Abdul Jalil B. A. Rahman
04 - 5497501
4)
Valuation & Property Management Department
04 - 5497493

Results Of Tender Board - Protest Dateline (09th March 2025) & Display Dateline (23rd March 2025)

List Of Successful Contractors (Click To View)

PEMBAYARAN SEWA GERAI KINI DI APLIKASI ASPIRE

Dimaklumkan bahawa mulai 01 Mac 2025, pembayaran Sewa Gerai kini boleh dilakukan melalui Aplikasi Aspire.

Namun, saluran pembayaran lain seperti MBSPpay, Kiosk, Boost dan Kaunter masih dalam penyelenggaraan buat masa ini. Kami akan memaklumkan semula sebaik perkhidmatan ini kembali tersedia.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta sokongan anda.

Terima kasih.

Announcement Of Quotation Results - Protest Dateline (13th February 2025) & Display Dateline (27th February 2025)

List Of Successful Contractors (Click To View)