PERMOHONAN LESEN ANJING MELALUI SISTEM PENGESANAN MAKLUMAT HAIWAN (SPMH) BERMULA 01 DISEMBER 2021
Kepada semua pemilik anjing di seluruh seberang perai, Permohonan Lesen Anjing bagi tahun 2022 telah dibuka untuk permohonan bermula pada 1 Disember 2021. Tempoh lesen yang dimohon hanya sah sehingga 31 Disember tahun semasa setiap tahun.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian @ hadir ke kaunter. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://spmh.mbsp.gov.my atau imbas Qr Code untuk permohonan lanjut.