1. TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN FEBRUARI 2011
Sepanjang Februari 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah merobohkan 10 buah binaan dengan serahan 25 notis berhenti kerja dan 101 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran. Sebanyak 723 buah premis perniagaan telah diperiksa dan dari jumlah tersebut sebanyak 81 Kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.
Direktorat Penguatkuasaan juga telah mengeluarkan 71 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 25 kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor. Sebanyak 117 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 5,850 bayaran diterima. Sebanyak 5497 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun telah dibayar berjumlah RM 10,715 sepanjang Februari 2011.
2. BIL CUKAI TAKSIRAN SETENGAH TAHUN PERTAMA 2011
Tarikh akhir bayaran bagi Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama 2011 adalah pada 28 Februari 2011. Denda lewat sebanyak RM10 akan dikenakan bermula 1 Mac 2011 manakala kos waran tahanan sebanyak RM50 akan dikenakan jika pemilik premis masih gagal menjelaskan cukai yang perlu dibayar. Pemilik premis juga diingatkan supaya tidak perlu menunggu bil untuk membuat bayaran. Pemilik boleh terus hadir ke mana-mana kaunter MPSP untuk membuat bayaran. Pemilik premis juga boleh membuat semakan bil melalui laman web MPSP.
Kaunter Bayaran di Bangunan Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda akan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad disepanjang bulan Januari dan Februari 2011 dari jam 8.00 pagi - 12.30 tengahari. Pada 28 Februari 2011, perkhidmatan kaunter MPSP akan dilanjutkan sehingga jam 8.00 malam bagi memberi peluang kepada warga seberang menjelaskan cukai masing-masing. Kaunter ditutup pada Hari Cuti Umum.
Selain dari itu, bayaran juga boleh dibuat melalui saluran berikut:
(1) Kaunter Pejabat Cawangan MPSP di Butterworth dan Sungai Jawi
(2) Laman Web MPSP di www.mpsp.gov.my melalui kad kredit VISA dan Mastercard serta melalui MEPS FPX
(3) Laman Web Kerajaan Negeri Pulau Pinang di www.penang.gov.my melalui MEPS FPX
(4) Kaunter Agen Kutipan Setempat iaitu MPPP, TNB, TM, PDC, PBA, dan POS Malaysia
(5) Kaunter Bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat dan CIMB (Bumiputra Commerce sahaja)
(6) Perbankan Internet 14 buah bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat, CIMB, Citibank, MBF, EON Bank, HSBC Bank, RHB Bank, Affin Bank, UOB Bank, BSN dan Maybank.
3. KLINIK PEMBAYAR CUKAI
Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan klinik pembayar cukai bermula Mac 2011. Klinik ini akan diadakan pada hari jumaat terakhir setiap bulan bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari di bilik Mawar, Ibu pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Orang ramai yang mempunyai masalah untuk menjelaskan tunggakan cukai mereka, dialu-alukan untuk hadir.
4. PENGREDDAN TANDAS AWAM
Program pemeriksaan dan penggredan tandas akan dilakukan sekali sebulan bagi setiap tandas awam. Ia meliputi tandas sejumlah 1433 buah tandas termasuk restoran, kedai kopi dan makanan, kompleks makanan MPSP / swasta, pasar awam MPSP, taman rekreasi MPSP. Ini termasuk Tandas Awam Pejabat Tanah & Daerah yang mana penyerahan telah dilakukan kepada MPSP pada 25 Mei 2010.
Setiap tandas akan dinilai dan diberikan gred / bintang berdasar tahap kebersihan dan struktur. Antara aspek yang dinilai dan diberikan markah adalah keadaan persekitaran (18 markah), struktur & penyelenggaraan (46 markah), alat kemudahan sanitari (12 markah), notis / signages (3 markah), aktiviti pembersihan tandas (14 markah) & keperluan tambahan (7 markah).
Oleh yang demikian sejumlah RM 169,700.00 telah diperuntukkan oleh MPSP bagi kerja kerja pembaikan tandas yang dibawah seliaan MPSP pada Tahun 2011.
Pemeriksaan awalan pada Januari 2011 telah dilakukan mendapati 8.2% mendapat gred ’A’, 7.5% Gred ’B’, 81.7% gred ’C’ dan 2.6% gred ’D’.
Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan terhadap pemilik premis dan juga kontraktor yang didapati mengabaikan kebersihan dan penyelenggaraan tandas tersebut.
MPSP juga telah menubuhkan Skuad Tindakkan Khas yang akan membantu dalam aktiviti pembersihan sekiranya pemunya gagal mematuhi notis yang dikeluarkan (Notis Pembersihan 24 jam) di bawah Seksyen 85 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974. Caj atau bayaran akan dikenakan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan.