PENGUMUMAN KEPADA PENGGUNA KUPON LETAK KERETA HARIAN MPSP (27/09/2007)

Kupon letak kereta harian yang bernilai RM2 adalah sah digunapakai sehingga 31 Disember 2007 ini sahaja.

Majlis akan menguatkuasakan penggunaan kupon letak kereta harian bernilai RM3 mulai 2 Januari 2008 ini.

Pemilik yang masih memiliki stok kupon harian yang bernilai RM2 boleh membuat penukaran stok baru dengan membuat bayaran tambahan sebanyak RM1 bagi setiap keping. Penukaran hanya boleh dibuat melalui Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda dan Butterworth sahaja. Agen-agen akan menjual kupon harian yang bernilai RM3 sahaja.

Penukaran kupon hanya boleh dibuat sehingga 31 Januari 2008 sahaja.

Results Of Quotation Committee Meeting BIL. 7.1/2008 Dated On 28th OCTOBER 2008 (05/11/2008)

 

List Of Successful Contractors (Click To View)
(Form)

KEKOSONGAN RUANG NIAGA UNTUK DISEWA (06/10/2008)

Adalah dimaklumkan bahawa satu temuduga terbuka kekosongan ruang niaga untuk disewa akan diadakan pada :-

 

Tarikh : 09/10/2008 (Khamis)

Jam : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Sidang, Bangunan MPSP, Bandar Perda.

 

Ruang-ruang untuk disewa ini terletak di Pasar Awam Taman Seri Delima. Sila bawa bersama kad pengenalan asal & 1 salinan serta sekeping gambar berukuran pasport semasa menghadiri temuduga terbuka tersebut.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pentadbiran UPPK di talian 5497 681 / 682.

JEMPUTAN MEMBUAT SEBUTHARGA SEWAAN SISTEM BERKOMPUTER UNTUK PENGHANTARAN MESEJ PESANAN RINGKAS (SMS) (26/11/2008)

JEMPUTAN MEMBUAT SEBUTHARGA SEWAAN SISTEM BERKOMPUTER UNTUK PENGHANTARAN MESEJ PESANAN RINGKAS (SMS)


Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ingin menjemput syarikat/vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah bidang 210104 (Software Product  and Services) untuk mengemukakan cadangan Sebutharga Sewaan Sistem Berkomputer Untuk Penghantaran Mesej Pesanan Ringkas (SMS).

Sistem ini antara lain adalah bagi membangun dan menyewa kepada MPSP satu sistem untuk menjual kupon letak kereta MPSP secara SMS. Jenis Aplikasi adalah seperti menerima, memproses, menghantar dan menyimpan SMS dari dan ke telefon bimbit.

1.0 Skop Kerja


        1.1 Menyediakan (peralatan komputer) dalam bentuk perkakasan, perisian,

             aplikasi dan pengaturcaraan untuk disewa oleh MPSP.
        1.2 Peralatan berkomputer itu hendaklah berupaya:
                1.2.1 Mengambil arahan untuk memproses kod, data dan maklumat ke dalam

                        format yang akan ditentukan.
                1.2.2 Menerima dan menyimpan mesej dan kod-kod yang diterima dari

                        telefon bimbit.
                1.2.3 Memproses dan menghantar mesej dan kod-kod yang telah diproses

                        berdasarkan aturcara tertentu ke telefon bimbit.
                1.2.4 Menyimpan mesej dan kod-kod ke dalam pengkalan data.
                1.2.5 Mengadakan pengaturcaraan untuk memanggil mesej, kod-kod dan

                        dipamerkan dalam bentuk yang akan dimaklumkan oleh MPSP.
                1.2.6 Mengadakan aturcara keselamatan dalam sistem berkomputer bagi

                        membolehkan pengguna tertentu sahaja mencapainya.
                1.2.7 Lain-lain keperluan yang akan dirundingkan.
        1.3 Berdasarkan skop kerja di atas vendor akan dibayar berdasarkan setiap SMS

             yang berjaya dihantar dan diterima oleh telefon bimbit.
        1.4 Vendor yang berjaya akan diminta menjalankan sistem ini secara percubaan

              selama dua (2) minggu dan keputusan untuk menyewa akan dibuat setelah

              MPSP berpuas hati terhadap sistem yang dicadangkan.
        1.5 Vendor yang berminat hendaklah mengemukakan cadangan masing-masing

             dalam format yang dilampirkan. MPSP boleh menerima atau menolak mana-mana

             cadangan tanpa memberi sebarang sebab.
        1.6 MPSP tidak menjamin sebarang bilangan minima SMS yang akan dihantar keluar

             melalui sistem berkomputer di atas dan ia bergantung kepada permintaan

             pelanggan sahaja.
        1.7 MPSP juga tidak akan menanggung apa-apa gantirugi akibat kerugian yang

             ditanggung oleh vendor semasa MPSP menyewa sistem ini.

 

Walaupun demikian, MPSP membenarkan vendor menghebahkan penggunaan sistem berkomputer ini kepada mana-mana agensi yang berminat dan boleh mengadakan kerjasama yang serupa untuk mendapat pulangan yang lebih cepat dari pelaburan tersebut. Contoh format cadangan adalah seperti di bawah:-

BIL.  JENIS NYATAKAN
  Perkakasan  
  Telefon Bimbit  
  Perisian  
  Applikasi  
  Bilangan Skrin Yang Ditawarkan (Lampiran – format skrin yang dicadangkan)  
  Bilangan Laporan Yang Ditawarkan (Lampiran –format skrin yang dicadangkan)  
  Tempoh Ditawarkan (Tahun)  
  Kadar Sewa Bagi Satu SMS Yang Berjaya Dihantar  
  Lain-lain  

 

2.0 Cadangan

Segala cadangan sebutharga perlu dikemukakan atas nama :

        Setiausaha Perbandaran
        Majlis Perbandaran Seberang Perai
        Jalan Perda Utama
        Bandar Perda
        14000 Bukit Mertajam.
        Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Shahrulnizad bin Abdul Razak, Penolong Pengarah Perbendaharaan ditalian 04 - 5497555

3.0 Tarikh Tutup : 23 Disember 2008