IKLAN KENYATAAN TAWARAN SEWAAN KANTIN IBUPEJABAT MPSP BANDAR PERDA
Sukacita dimaklumkan PUSPANITA MPSP mempelawa pengendali-pengendali makanan atau caterer bagi menyewa Kantin Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam. Borang boleh didapati di Kaunter Berpusat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam dengan percuma pada waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha PUSPANITA di talian 04-5497555. Tawaran penyewaan akan dibuka bermula 9 Februari 2015 sehingga 24 Februari 2015. Borang hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan di dalam Peti Tawaran sebelum atau pada jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Sekian untuk makluman.