JEMPUTAN KE ASIAN REGIONAL CONFERENCE- GENDER RESPONSIVE BUDGETING(GRB) NARRATIVES: TRANSFORMING INSTITUTIONS, EMPOWERING COMMUNITIES
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang(Penang Women Development Corporation) dengan usahasama pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Wanita Bangsa-Bangsa Bersatu(UN Women) akan menganjurkan ASIAN REGIONAL CONFERENCE- GENDER RESPONSIVE BUDGETING(GRB) NARRATIVES: TRANSFORMING INSTITUTIONS, EMPOWERING COMMUNITIES pada 24 – 25 Februari 2014 di Bayview Hotel Georgetown Penang.
Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Penganjur dengan ini menjemput orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai peserta ke persidangan tersebut. Keutamaan akan diberi kepada orang ramai yang terlibat dalam Bajet Responsif Gender(BRG) - satu pendekatan dalam membuat bajet dan dasar yang mengambil kira keperluan yang berbeza oleh kelompok masyarakat yang berlainan terutamanya dalam perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
Borang pendaftaran boleh diperolehi secara online, di www.grb-pwdc.org.my. Untuk maklumat lebih, boleh menghubungi PWDC GRB CONFERENCE, TG6 & TG7 Tingkat 47, KOMTAR, Penang: Tel : 04-2612835/04-2615261, Faks: 04-2612839, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Laman Web: www.grb-pwdc.org.my