PENGUMUMAN TENDER PEMBERSIHAN BERSEPADU

Last updated on

ADALAH DIMAKLUMKAN BAGI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA KONTRAKTOR YANG MENGHADAPI KESULITAN UNTUK MEMUAT TURUN (DOWN LOAD) DOKUMEN TENDER PEMBERSIHAN BERSEPADU MELALUI SISTEM e-PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MAKA  MPSP TELAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DALAM BENTUK CAKERA PADAT (CD).

SILA DAPATKAN DARI KAUNTER BERPUSAT BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN, MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI BANDAR PERDA, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG MULAI 3 OKTOBER 2011. 

UNTUK MENDAPATKAN CD TERSEBUT BERIKUT ADALAH SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN:-

(i) HANYA PEMILIK/PENAMA LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KMM/MOF) YANG HADIR TAKLIMAT PROJEK SAHAJA PADA 26.9.2011 SAHAJA DIBENARKAN MENGAMBIL, WAKIL TIDAK DIBENARKAN.

(ii) PIHAK KONTRAKTOR PERLU MENGEMUKAKAN RESIT ASAL PEMBELIAN DOKUMEN YANG DIBUAT SECARA ONLINE.

(iii) SILA BAWA BERSAMA LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM/MOF) DAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) YANG ASAL.

(iv) KONTRAKTOR TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SALINAN ATAU MENYERAHKAN KEPADA PIHAK LAIN.  SEMAKAN PEMBELIAN AKAN DIBUAT MELALUI SISTEM e-PEROLEHAN OLEH MPSP SEBAGAI BUKTI.

(V) CD YANG TELAH DITERIMA PERLU DIPULANGKAN BERSAMA-SAMA DOKUMEN TENDER SEMASA TARIKH TUTUP PADA 17 OKTOBER 2011 JAM 12:00 TENGAH HARI.