Announcement For Submission Of The Commencement Of Work Notification And Certificate Of Completion And Compliance (CCC) Through OSC 3.0 Plus Online System At Seberang Perai City Council

Last updated on

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 01 Disember 2023, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menggunakan Sistem OSC 3.0 Plus Online untuk memproses pengemukaan notifikasi mula kerja binaan (Borang B) dan pendepositan perakuan siap dan pematuhan (CCC).
   
Sehubungan itu, pemohon (PSP) dikehendaki mengemukakan notifikasi mula kerja bangunan (Borang B) dan pendepositan CCCmelalui Sistem OSC 3.0 Plus Online.
   
Bersama - sama ini disertakan kod QR untuk memuat turun kit latihan atau manual pengguna untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada Unit OSC di talian 04 - 5497699.
   
Sila imbas QR kod di bawah untuk muat turun kit latihan / manual pengguna.
  QR Code