MBSP Business Licensing Renewal Policy

Last updated on

Adalah dimaklumkan bahawa mulai Januari 2018, tarikh tamat lesen perniagaan MBSP akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.
 
Di samping itu, kadar bayaran lesen juga akan diselaraskan mengikut tarikh pembaharuan lesen yang dibuat seperti berikut:-
 
1. Jika pembaharuan SEBELUM ATAU PADA TARIKH TAMAT LESEN
  •           Kadar bayaran lesen akan dikira secara pro rata (pro-rate) sehingga tarikh tamat lesen baru iaitu pada 31 Disember.
2. Jika pembaharuan SELEPAS TARIKH TAMAT LESEN
  •           Kadar bayaran lesen akan dikenakan caj untuk setahun dan tarikh tamat bagi lesen premis juga ditetapkan pada 31 Disember.
 
Sehubungan dengan itu, semua pemegang lesen dikehendaki untuk membuat pembaharuan lesen SEBELUM ATAU PADA TARIKH TAMAT LESEN bagi mengelakkan pembayaran kadar lesen yang lebih tinggi.