TEMUDUGA TERBUKA KOMPLEKS MAKANAN (28 JANUARI 2019) DAN PASAR AWAM (29 JANUARI 2019) MPSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Kompleks Makanan dan Pasar Awam (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497682 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN PADA HARI SABTU DAN AHAD

Untuk makluman, kaunter bayaran MPSP di Bandar Perda dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum disepanjang bulan Februari 2019 ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari sempena bulan kutipan cukai taksiran MPSP bagi setengah tahun pertama tahun 2019.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER - TARIKH AKHIR BANTAHAN (26 DISEMBER 2018) & TARIKH AKHIR PAPARAN (08 JANUARI 2019)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PROMOSI CUKAI PINTU TAHUN 2019 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

 cukaip
 
Adalah memaklumkan bahawa Promosi Cukai Pintu MPSP Tahun 2019 akan bermula pada 1 Disember 2018 dan akan tamat pada 28 Februari 2019.

Kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-

(a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun untuk tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada).

(b) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019.

(c) Tidak layak bagi pemilik premis yang telah mendapat pelepasan kecuali pemilik premis yang mempunyai tunggakan dengan syarat menjelaskan keseluruhan tunggakan yang ada.

(d) Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP seperti di Lampiran A

MPSP amat menggalakkan pemilik premis membuat bayaran cukai taksiran secara online bagi mengelakkan kesesakan dikaunter bayaran MPSP, dan ianya juga lebih mudah, pantas, serta menjimatkan masa dan kos. MPSP juga telah menyediakan pelbagai saluran-saluran bayaran melalui agensi kutipan yang telah dilantik bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran selain di kaunter MPSP.
 
Sehubungan dengan itu, bagi promosi cabutan bertuah kali ini, MPSP telah menyediakan sebanyak lima puluh (50) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / AGEN KUTIPAN manakala sepuluh (10) hadiah bagi kategori B iaitu BAYARAN DIKAUNTER MPSP.
 
Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak enam puluh (60) hadiah.
 
Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / AGEN KUTIPAN, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut: -
 
Kedudukan Hadiah Jenis Hadiah
Hadiah Pertama Mountain Bike Fuji 27.5 Tahoe 1.5 10s my16
Hadiah Kedua Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.1 10s my16
Hadiah Ketiga Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.5 9s my17
Hadiah Keempat Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.5 9s my16
Hadiah Kelima Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.6 8s my16
Hadiah Keenam Go Pro Hero 7 Black
Hadiah Ketujuh Panasonic 4K Smart LED TV 43"
Hadiah Kelapan Samsung FHD LED TV 49"
Hadiah Kesembilan Ipad
Hadiah Kesepuluh Ipad
Lain-lain hadiah 40 hadiah lain seperti notebook, mountain bike, barangan elektrik, telefon pintar, dan perkakasan rumah.
 
Bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat dikaunter MPSP, 10 hadiah telah disediakan iaitu berupa telefon pintar Samsung Galaxy J4 Core.
 
Bagi promosi kali ini, MPSP menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta percuma (kupon jam) bernilai RM2.00 sebuku sebagai cenderamata kepada 25,000 pemilik premis yang layak dan terawal membuat tuntutan.
 
Disamping itu juga, MPSP turut menyediakan cenderamata barangan upcycle kepada 3,000 akaun berikutnya yang layak dan membuat tuntutan. Setiap akaun yang layak hanya akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja.
 
Pemilik premis yang membuat bayaran samada dikaunter MPSP atau secara online/agen kutipan, boleh terus membuat tuntutan cenderamata di kaunter tuntutan yang disediakan di Ibu Pejabat MPSP di Bandar Perda dan kaunter cawangan dengan mengemukakan bukti-bukti pembayaran. Pemberian cenderamata akan bermula pada 1 Disember 2018 dan berakhir pada 28 Februari 2019. Selagi stok masih ada.
 
Dengan ini saya menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda menerima cenderamata serta terpilih untuk cabutan bertuah.
 
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web www.mpsp.gov.my atau hubungi di talian 04-5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
LAMPIRAN A
  • Saluran bayaran secara online adalah seperti berikut (18 saluran):-
               
  1.  Laman web MPSP : www.mpsp.gov.my
  2.  Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my
  3.  Perbankan Internet:
     

    1. Bank Islam Malaysia Berhad
    2. Maybank
    3. Alliance Bank
    4. Ambank
    5. RHB Bank
    6. BSN
    7. Affin Bank
    8. Public Bank
    9. Bank Muamalat
    10.Agro Bank
    11.CIMB Bank
    12.HSBC
    13.UOB
    14.MBF Cards (Ambank)
    15.Citibank
    16.Jompay

  4.  Manakala senarai agen-agen kutipan kaunter yang sah dilantik MPSP adalah seperti berikut (5 agen) :-
      1. Majlis Bandaraya Pulau Pinang
      2. Kaunter Bank Rakyat
      3. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
      4. Pos Malaysia
      5. Kiosk
  5.  Kaunter Bayaran MPSP di Ibu Pejabat Bandar Perda, Pejabat Cawangan Kampung Jawa, Butterworth dan Pejabat Cawangan di Jawi.