PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (1 OGOS 2019) & TARIKH AKHIR PAPARAN (15 OGOS 2019)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (29 JULAI 2019) & TARIKH AKHIR PAPARAN (12 OGOS 2019)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

TEMUDUGA TERBUKA KOMPLEKS MAKANAN (16 JULAI 2019) DAN PASAR AWAM (18 JULAI 2019) MPSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Kompleks Makanan dan Pasar Awam (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497682 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PROMOSI CUKAI TAKSIRAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2019 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

 cpintu julai
 
Adalah dimaklumkan bahawa Promosi Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2019 akan bermula pada 1 Julai 2019 dan tamat pada 31 Ogos 2019 . Promosi ini diadakan istimewa kepada seluruh pemilik premis di Seberang Perai bersempena dengan naiktaraf Majlis Perbandaran Seberang Perai kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai.
 

Kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-

(a) Bayar keseluruhan cukai taksiran penggal kedua tahun 2019 berserta keseluruhan tunggakan termasuk tunggakan penggal pertama 2019 (jika ada).

(b) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019.

(c) Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP seperti di Lampiran A

 
Bagi promosi khas ini, MPSP telah menyediakan sebanyak lima belas (15) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / MELALUI AGEN KUTIPAN manakala lima (5) hadiah bagi kategori B iaitu BAYARAN DIKAUNTER MPSP. Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak dua puluh (20) hadiah yang menarik dan lumayan.
 

Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / MELALUI AGEN KUTIPAN, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut: -

Kedudukan Hadiah Jenis Hadiah
Tempat pertama hingga
tempat ke - 5
Wang Tunai RM1,000 setiap satu
Tempat ke - 6 hingga
tempat ke - 15
Pelbagai jenis perkakasan telekomunikasi serta peralatan rumah atau elektrik
 
Bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat dikaunter MPSP, lima (5) hadiah yang ditawarkan adalah yang terdiri daripada wang tunai RM200 setiap satu.
 
Bagi promosi kali ini, MPSP juga menyediakan 10,000 buku kupon letak kereta percuma (kupon jam) bernilai RM2.00 sebuku sebagai cenderamata kepada 10,000 pemilik premis yang layak dan terawal membuat tuntutan. Setiap akaun yang layak hanya akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja.
 
Pemilik premis yang membuat bayaran samada dikaunter MPSP atau secara online/agen kutipan, boleh terus membuat tuntutan cenderamata di kaunter tuntutan yang disediakan di Ibu Pejabat MPSP di Bandar Perda dan kaunter cawangan dengan mengemukakan bukti-bukti pembayaran. Pemberian cenderamata akan bermula pada 1 Julai 2019 dan berakhir pada 30 Ogos 2019 (Tidak termasuk hari cuti umum). Stok cenderamata adalah terhad.
 
Dengan ini saya menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran penggal kedua bagi tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda menerima cenderamata serta terpilih untuk cabutan bertuah.
 

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web www.mpsp.gov.my atau hubungi di talian 04-5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau  e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (26 JUN 2019) & TARIKH AKHIR PAPARAN (10 JULAI 2019)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)