PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA KEMPEN TANDAS BERSIH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012

1. Tujuan

   
Tujuan untuk memaklumkan mengenai Pertandingan Mencipta Tema sempena Kempen Tandas Bersih
   Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012.

2. Latar Belakang

   Tujuan pertandingan ini adalah untuk mendapatkan tema yang bersesuaian dengan Kempen Tandas Bersih
   yang bakal dilaksanakan di Peringkat Negeri Pulau Pinang kelak sepanjang tahun 2012.


3. Bentuk Pengiktirafan


   
 Pemenang pertandingan ini akan menerima plak, wang tunai dan sijil penyertaan.

   Tempat Pertama  : RM750.00, plak dan sijil penyertaan
   Tempat Kedua     : RM500.00, plak dan sijil penyertaan
   Tempat Ketiga     : RM300.00, plak dan sijil penyertaan
   Saguhati             : 5xRM50.00, plak dan sijil penyertaan


4. Syarat Penyertaan 

    a) Terbuka kepada semua rakyat Negeri Pulau Pinang
    b) Penyertaan boleh dilakukan sama ada melalui borang penyertaan
    c) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan.


5.
 Syarat-Syarat Pertandingan

     a) Setiap tema yang dihantar hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:

           i) Mengandungi perkataan ‘Tandas’
     
       ii) Menekankan isu-isu kebersihan serta Konsep "Cleaner Greener Penang"
   
   b) Jumlah perkataan bagi setiap tema mestilah TIDAK MELEBIHI tujuh (07) patah perkataan.
     c) Setiap tema yang dikemukakan hendaklah disertai dengan penerangan yang jelas dan tepat.
        (Tidak lebih daripada 30 patah perkataan).
     d) Penciptaan tema mestilah karya asli peserta (panel penilai berhak untuk menolak penyertaan 
         sekiranya didapati tidak asli).
     e) 
Tema tersebut hendaklah dikaryakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
     f) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.
     g) 
Semua penyertaan hendaklah ditaip dan borang penyertaan boleh didapati di laman web 
         http://www.penang.gov.my
     h) Tema yang dikaryakan TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif/agama/bangsa dan menggunakan 
         perkataan kurang sopan.


6. Keputusan Pertandingan

     
 a) Keputusan yang dibuat oleh Panel Penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan dan 
         bantahan tidak akan dilayan.
     b) Hanya seorang pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh urus setia pertandingan.


7. 
Penyampaian Hadiah

    
  a) Hadiah untuk pemenang akan disampaikan sempena Perasmian Kempen Tandas Bersih yang akan 
         diadakan pada bulan Februari 2012.


8. Penghantaran Borang Penyertaan

      a) Setiap borang penyertaan hendaklah dihantar kepada alamat atau emel seperti berikut:
             Urus Setia
             Pertandingan Mencipta Tema Kempen Tandas Bersih
             Bahagian Kerajaan Tempatan
             Tingkat 20
             10503 KOMTAR
             Pulau Pinang.
             Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
             Tel. : 04-6505658
             Faks : 04-2616402


9. Tarikh Tutup Permohonan

     
a) Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2012 (Rabu).

 
Untuk muat turun borang penyertaan, sila (klik) .

TAWARAN TENDER MENYEWA KANTIN IBU PEJABAT MPSP DAN JALAN BETEK


Tawaran adalah dipelawa daripada Pengendali makanan / katering bagi Menyewa Kantin Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Kantin MPSP di Pejabat Cawangan MPSP Jalan Betek.

Borang tawaran boleh didapati mulai 17 Januari 2012 di Kaunter Pusat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda secara percuma pada waktu pejabat.

Tarikh tutup tawaran penyewaan adalah pada 31 Januari 2012.

SENAMROBIK BERSAMA MPSP

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan program SENAMROBIK BERSAMA MPSP pada :

Tarikh    : 15 Januari 2012 (Ahad)

Masa     : 7:15 pagi sehingga 10:00 pagi

Tempat : Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan

Semua penduduk Seberang Perai dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

TAKLIMAT PENUBUHAN JMB TERHADAP PEMILIK-PEMILIK PETAK SKIM BAZAR PERDANA, BANDAR PERDA

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPSP akan mengadakan Taklimat Penubuhan JMB terhadap pemilik-pemilk petak Skim Bazar Perdana, Bandar Perda pada :

Tarikh    :  7 Januari 2012 ( Sabtu),

Masa      :  10.00 pagi

Tempat  :  Auditorium, Ibupejabat MPSP

Taklimat akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Mansor Bin Othman(TKM1).  Semua pemilik-pemilik petak Skim Bazar Perdana, Bandar Perda adalah dijemput hadir.