KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR SERTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA KONTRAKTOR

Sukacita dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar Serta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kepada Kontraktor seperti ketetapan berikut : 

          Tarikh   : 12 April 2012

            Masa     : 9.00 pagi - 3.00 petang

            Tempat : Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN)

                           National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)

                           Wilayah Utara

                           Unit 4, Tingkat 3, Kompleks Sempilai Jaya

                           Jalan Sempilai

                           13700 Seberang Jaya

Sehubungan dengan itu, kepada para kontraktor / pembekal  yang berminat bolehlah membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50.00 di Kaunter Berpusat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam selewat-lewatnya pada 27 Mac 2012. Sekian, harap maklum.

PELAN CADANGAN LALUAN UNTUK PROGRAM BERBASIKAL PADA 18 MAC 2012

laluan_basikal

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 29 FEBRUARI 2012

KENYATAAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
MESYUARAT MAJLIS PENUH
29 FEBRUARI 2012

 

1. LAWATAN PANEL  PENILAI ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2011

Sukacita di sini saya memaklumkan bahawa MPSP telah disenarai pendek ke peringkat akhir Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2011 bersama dua (2) agensi lain dan Panel Penilai AIPK 2011 akan mengadakan lawatan ke MPSP pada 2 Mac 2012 (Jumaat) bagi melakukan pemeriksaan. Tajuk inovasi adalah ‘Transformasi Pengurusan Kewangan MPSP : Kecemerlangan Mengatasi Kekangan Fiskal’. Pembangunan sistem pelaporan dan pemantauan kewangan MPSP menjadi produk utama inovasi ini. Pada tahun lepas, MPSP telah disenaraikan sebagai Tiga (3) Agensi Terbaik Peringkat Kebangsaan bagi anugerah tersebut. Semoga MPSP akan memperolehi kemenangan bagi anugerah ini.


2. MPSP GREEN RIDE

MPSP Green Ride adalah merupakan program berbasikal yang dianjurkan oleh MPSP bersama pasukan LP MTB Club, Pusat Alam Sekitar SPU (Team Basikal) dan Tasek Gelugor Rider (TGR).  Program ini akan diadakan pada hari Ahad minggu ketiga setiap dua bulan.  Program MPSP Green Ride ini akan diadakan pada 18 Mac 2012 (Ahad) jam 7:00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Bertam.  Untuk makluman, program ini akan disertai oleh seramai 200 penunggang basikal daripada kumpulan MPSP Green Ride yang akan membuat kayuhan percubaan atau “trial ride” bermula dari Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas - Bumbung Lima – Kuala Muda – Penaga – Lahar Kepar – Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas dengan anggaran jarak 32 km sebelum laluan ini dimuktamadkan.


3. SENAMROBIK BERSAMA MPSP

 Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa program Senamrobik Bersama MPSP akan diadakan pada 11 Mac 2012 (Ahad) bertempat di Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan, Mak Mandin,  jam 7:45 pagi. 

Justeru, saya menjemput semua yang berada di sini dan juga seluruh Warga Seberang Perai untuk turut bersama-sama MPSP, menjaga kesihatan disamping mengeratkan lagi hubungan antara MPSP dan orang ramai.  Sebagai makluman, MPSP juga turut menyediakan Kaunter Bergerak dan Pemeriksaan Kesihatan percuma pada hari tersebut.


4. PROGRAM LA21 MPSP

 Sukacita dimaklumkan bahawa MPSP telah membentuk 6 Pasukan Kerja LA21, iaitu seperti berikut :
  
1)Pasukan Kerja LA21 Mesra Alam
 Pengerusi : Encik Soon Lip Chee
- Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Anugerah Sekolah Hijau, Penubuhan Pusat Sumber Alam Sekitar, Program Membuat Kompos, Pameran dan Ceramah, Program 3R, Membuat Bebola Tanah, Program Pengindahan dan Program Sisa Sifar

2)Pasukan Kerja LA21 Kecemerlangan Wanita
 Pengerusi : Cik Tan Xin Ying
- Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Penubuhan Pusat Kitar Semula untuk diuruskan oleh Kaum Wanita, Mewujudkan Pusat Pengumpulan Barangan Permainan Kanak-Kanak yang lama dan Mengadakan Karnival Hijau iaitu Pembelian dan Penjualan Barangan Terpakai

3)Pasukan Kerja LA21 Promosi Industri Hijau
Pengerusi : Encik Lim Tau Hoong
-Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Anugerah Industri Hijau, Kajian Isu Alam Sekitar di Industri, Program Hijau di Industri ke arah Pengurusan Sisa dan Hijau serta Membina Rangkaian Maklumat Kitar Semula

4)Pasukan Kerja LA21 Pelupusan Sisa Eletronik (e-waste)
Pengerusi : Encik Ahmad Farid Bin Md. Arshad
- Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Membina Rangkaian Maklumat Kitar Semula di daerah SPU, SPT dan SPS serta Mengadakan Pameran dan Ceramah

5)Pasukan Kerja LA21 Kesayangan Haiwan
Pengerusi : Puan Liu Ting Ling
- Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Melaksanakan Program Pemandulan Anjing dan Kucing serta Pendidikan Awam

6)Pasukan Kerja LA21 Pangsa PPR Ampangan
Pengerusikan : Encik Noramin Bin Ramli
- Strategi yang dirancang dalam pasukan ini adalah Mengadakan Program Bumi Hijau dan Kompos, Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan, Mengadakan Kelas Bimbingan untuk Pelajar dan Penjagaan Kebersihan Kawasan

 
5. MAJLIS CABUTAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH SEMPENA PROMOSI BAYARAN CUKAI SETAHUN 2012 PADA DISEMBER  2011

Sukacita, saya juga ingin memaklumkan bahawa Majlis Cabutan dan Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Promosi Bayaran Cukai Setahun 2012 pada Disember 2011 akan diadakan pada hari ini di mana 36 pemilik premis yang telah dipilih melalui undian pada 30 Januari 2012 yang lalu akan menerima hadiah dan hadiah tersebut akan dibuat cabutan oleh Yang DiPertua, Ahli-Ahli Majlis dan juga Setiausaha Perbandaran. Program ini akan bermula pada jam 12:00 tengahari bertempat di Lobi Utama Ibu Pejabat MPSP. Diharapkan tuan / puan dapat turut serta menjayakan program ini selepas Mesyuarat Majlis Penuh ini nanti.

6. PENGENAAN DENDA LEWAT PADA 1 MAC 2012

Untuk makluman semua, hari ini adalah hari terakhir pembayaran cukai taksiran bagi setengah tahun pertama 2012. Pada 1 Mac 2012, denda lewat sebanyak RM10.00 akan dikenakan ke atas akaun pembayar cukai yang masih gagal menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

MAKLUMAN UNTUK CALON


Majlis akan mula menjalankan penapisan syarat lantikan jawatan ke atas permohonan yang telah dibuat bagi jawatan-jawatan berikut :-

   (1) Penolong Pegawai Veterinar
   (2)  Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran
   (3) Penolong Pegawai Tadbir
   (4) Pembantu Kesihatan Awam
   (5) Pembantu Veterinar

Calon-calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas diberi tempoh sehingga tarikh penapisan syarat lantikan jawatan untuk mengemaskini permohonan masing-masing.

Tarikh Penapisan Syarat Lantikan Jawatan : 05 Mac 2012

PENGUMUMAN PEMBATALAN TENDER PEMBERSIHAN BERSEPADU


Pengumuman Pembatalan Tender Pembersihan Bersepadu (Sila Klik)