JADUAL KUTIPAN SAMPAH PUKAL DAN DOMESTIK SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017
Adalah dimaklumkan bahawa jadual dan perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pukal akan mengalami penambahan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017. Perubahan jadual kutipan akan berlaku seperti ketetapan berikut; 1. SAMPAH PUKAL MPSP akan memberi perkhidmatan kutipan sampah pukal mulai 20 Januari 2017 sehingga 29 Januari 2017. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan tambahan kepada perkhidmatan sediada. Penduduk boleh menghubungi pegawai kawasan bagi mendapat perkhidmatan kutipan atau boleh meletakkan bersebelahan dengan tong komunal berdekatan bagi tujuan kutipan. Senarai pegawai kawasan adalah seperti di Lampiran 1. 2. SAMPAH DOMESTIK i. Tong Komunal - 26, 27 & 28 Januari 2017 Kutipan akan dibuat sebanyak dua (2) kali sehari yang melibatkan kutipan dari tong komunal (Tong RORO, Tong CU dan Tong MGB) yang mempunyai kapasiti sampah yang tinggi iaitu dengan ketetapan: Kutipan pertama : 7.00 pagi hingga 1.00 petang Kutipan kedua : 3.00 petang hingga 8.00 malam. ii. Tong Individu - Kutipan sampah akan dijalankan mengikut jadual biasa sepanjang minggu sehingga hari perayaan. Nota: Jadual A : Isnin, Rabu, Jumaat Jadual B : Selasa, Khamis, Sabtu 3. Penambahan Tong RORO di Pasar Awam Bagi memudahkan masyarakat membuang sampah pukal seperti perabut lama, tilam, bantal dan sebagainya, pihak MPSP telah menambah bilangan tong RORO di beberapa Pasar Awam yang sering menjadi hotspot pembuangan sisa semasa musim Perayaan Tahun Baru Cina mulai 18 Januari 2017. Antara Pasar Awam yang terlibat adalah seperti berikut:
Adalah diharapkan agar semua masyarakat akan bekerjasama bagi menjaga kebersihan dengan membuang semua sisa mengikut prosedur dan ketetapan yang telah dinyatakan.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Senarai Pegawai Bertugas Penyelaras: En Muhammad Aidil Bin Samsuri : 019-4451764 En Mohd Naim Bin Mohd Ali : 013-4883851
|