TEMUDUGA TERBUKA PASAR AWAM (22 FEBRUARI 2023) DAN KOMPLEKS MAKANAN (24 FEBRUARI 2023) MBSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Pasar Awam dan Kompleks Makanan (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497682 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

CADANGAN UNTUK MEMBUKA SEMULA PERMOHONAN PENYEWAAN SEBAHAGIAN TAPAK ROBINA ECO PARK FASA 2, TELUK AIR TAWAR, SPU - TARIKH TUTUP 01 MAC 2023

Tawaran mempelawa pihak - pihak yang berminat untuk mengemukakan Cadangan Untuk Membuka Semula Permohonan Penyewaan Sebahagian Tapak Robina Eco Park Fasa 2, Teluk Air Tawar, SPU bermula pada 01 Februari 2023 sehingga 01 Mac 2023 (sebelum jam 12.00 tengahari):

NO
TAWARAN CADANGAN
DOKUMEN
     
1)
Cadangan Untuk Membuka Semula Permohonan Penyewaan Sebahagian Tapak Robina Eco Park Fasa 2, Teluk Air Tawar, SPU
     

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (22 JANUARI 2023) & TARIKH AKHIR PAPARAN (05 FEBRUARI 2023)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

TEMUDUGA TERBUKA PASAR AWAM (27 JANUARI 2023) DAN KOMPLEKS MAKANAN (30 JANUARI 2023) MBSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Pasar Awam dan Kompleks Makanan (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497682 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PROMOSI KHAS PEMBAYARAN BIL CUKAI TAKSIRAN 2023 MELALUI APLIKASI ASPIRE SEBERANG PERAI

aspire-2022
   
Adalah dimaklumkan bahawa MBSP akan mengadakan promosi cabutan bertuah khas kepada pemilik premis yang membuat pembayaran cukai taksiran setahun 2023 berserta tunggakan jika ada melalui aplikasi ASPIRE Seberang Perai.
   
Promosi ini akan berlangsung seiring dengan promosi yang dilancarkan oleh MBSP dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah tambahan yang menarik dan lumayan berbentuk hadiah cabutan bertuah secara bulanan serta satu (1) cabutan hadiah bonanza. Syarat penyertaan serta hadiah yang ditawarkan bagi promosi khas ASPIRE Seberang Perai ini adalah seperti berikut :
   
a.
Pembayaran cukai taksiran setahun 2023 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan (jika ada) hanya melalui ASPIRE SEBERANG PERAI SAHAJA.
   
b.
Pembayaran hendaklah dibuat secara sepenuhnya dalam bulan yang sama dan ianya perlu dijelaskan di antara 01 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023.
   
c.
Hadiah cabutan bertuah bulanan yang akan ditawarkan kepada pemilik akaun cukai taksiran yang berjaya adalah seperti berikut :
   
 
Bulan Pembayaran
Jenis Hadiah
Bulan Cabutan Pemenang
Disember 2022
5 Unit Samsung Galaxy A03
Awal Januari 2023
Januari 2023
5 Unit Samsung Galaxy A03
Awal Februari 2023
Februari 2023
5 Unit Samsung Galaxy A03
Awal Mac 2023
   
d.
Proses cabutan bertuah untuk hadiah bulanan akan ditentukan pada awal bulan berikutnya dan pemenang - pemenang akan dihubungi oleh MBSP untuk urusan tuntutan hadiah.
   
e.
Bagi cabutan bertuah hadiah bonanza, kesemua akaun cukai taksiran yang layak mulai 01 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023 akan dikumpulkan dan majlis cabutan nama pemenang ini akan ditentukan bersama-sama promosi cukai taksiran anjuran MBSP selepas selesai mesyuarat Majlis Penuh MBSP pada bulan Mac 2023. Hadiah cabutan bonanza adalah seperti berikut :
   
 
Bulan Pembayaran
Jenis Hadiah
Bulan Cabutan Pemenang
Disember 2022 Hingga Februari 2023
Cabutan Bonanza Sebuah Motosikal WMoto WM110
Selepas Mesyuarat Majlis Penuh Bulan Mac 2023
   
f.
Pemenang - pemenang yang berjaya akan ditentukan berdasarkan nombor akaun cukai taksiran yang telah dibayar dan BUKAN berdasarkan nombor telefon atau pengguna ASPIRE Seberang Perai yang membuat pembayaran :
   
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan, sila layari laman web https://www.mbsp.gov.my atau https://aspire.mbsp.gov.my atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.