PROMOSI BAYAR CUKAI & MENANG CUKAI TAKSIRAN MBSP TAHUN 2021
Promosi Bayar Cukai & Menang : Cukai Taksiran MBSP Tahun 2021 akan bermula pada 1 Disember 2020 dan akan tamat pada 28 Februari 2021.
|
||||||||||||||||||||||||||||
Kriteria yang telah ditetapkan bagi melayakkan pembayar cukai terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :- (a) Promosi ini khusus kepada pembayaran cukai taksiran yang dibuat sepenuhnya melalui 'KIOSK, AGENSI KUTIPAN ATAU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) SAHAJA'. (b) Tidak layak bagi pembayaran di kaunter MBSP. (c) Cukai taksiran setahun bagi tahun 2021 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan sekiranya jika ada. (d) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021. |
||||||||||||||||||||||||||||
Bagi promosi cabutan bertuah tahun 2021 ini, MBSP telah menyediakan sebanyak empat puluh (40) hadiah yang amat lumayan bagi pembayaran melalui kiosk, agensi atau secara dalam talian (online) sahaja. Tiada hadiah disediakan untuk pembayaran dikaunter MBSP bagi promosi kali ini. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi ICT yang telah disediakan kepada orang awam dalam membuat urusniaga pembayaran cukai taksiran secara online serta mengimplementasikan amalan kerja norma baharu ketika negara dilanda Covid - 19.
|
||||||||||||||||||||||||||||
Hadiah - hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut :-
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||
Sehubungan dengan itu, MBSP menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2021 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda terpilih untuk menyertai cabutan bertuah.
|
||||||||||||||||||||||||||||
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
|
||||||||||||||||||||||||||||
Senarai saluran bayaran secara dalam talian (online) serta agen - agen kutipan yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut :-
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
PROGRAM PENGEMASKINIAN DATA MAKLUMAT PEMILIK PEMBAYAR CUKAI BAGI TUJUAN PENGHANTARAN BIL SECARA DIGITAL (SMS / E - MEL)
|