PROMOSI CUKAI PINTU TAHUN 2018 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

Cukai Pintu 2018
 
Adalah dimaklumkan bahawa Promosi Bayaran Cukai Pintu MPSP 2018 akan bermula pada 1 DISEMBER 2017 hingga 28 FEBRUARI 2018.
 
Syarat - syarat yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-
a. Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun untuk tahun 2018 berserta tunggakan (jika ada).
   
b. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2017 hingga 28 Februari 2018.
   
c. Tidak layak bagi pemilik premis yang telah mendapat pelepasan / pengecualian bayaran cukai taksiran kecuali pemilik premis yang mempunyai tunggakan dengan syarat menjelaskan keseluruhan tunggakan yang ada.
   
d. Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen - agen yang sah dilantik oleh MPSP seperti berikut :-
 
1. Kaunter Bayaran MPSP di Ibu Pejabat Bandar Perda , Jawi, dan Butterworth.
   
2. Bayaran secara online di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.
   
3. Bayaran secara online di Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu https://ebayar.penang.gov.my.
   
4. Bayaran secara online di agen - agen bank iaitu :-
 
a.
Bank Islam Malaysia Berhad
i.
Alliance Bank (M) Berhad
b.
CIMB Bank Berhad
j.
Ambank (M) Berhad
c.
Citibank Berhad
k.
Agrobank
d.
HSBC Bank (M) Berhad
l.
United Overseas Bank (M) Berhad
e.
Maybank
m.
Affin Bank Berhad
f.
MBF Cards Sdn Bhd
n.
Public Bank Berhad
g.
RHB Bank Berhad
o.
Bank Muamalat Malaysia Berhad
h.
Bank Simpanan Nasional
p.
JOMPAY
   
5. Bayaran di agensi setempat iaitu :-
 
a.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP)
b.
Bank Rakyat
c.
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
d.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
e.
Pos Malaysia
f.
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
   
MPSP amat menggalakkan pemilik premis membuat bayaran cukai taksiran secara online bagi mengelakkan kesesakan di Kaunter Bayaran MPSP, dan ianya juga lebih mudah, pantas, serta menjimatkan masa dan kos.
 
Disamping itu juga, MPSP juga telah menyediakan pelbagai saluran - saluran bayaran melalui agensi kutipan yang telah dilantik bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran selain di Kaunter MPSP.
 
Sehubungan dengan itu, bagi promosi cabutan bertuah kali ini, MPSP telah menyediakan sebanyak lima puluh (50) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / KAUNTER AGENSI manakala sepuluh (10) hadiah bagi kategori B iaitu bayaran di Kaunter MPSP. Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak enam puluh (60) hadiah.
 
Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / KAUNTER AGENSI, hadiah - hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut :-
KEDUDUKAN HADIAH
JENIS HADIAH
Hadiah Pertama
Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.1
Hadiah Kedua
Mountain Bike Fuji 27.6 Nevada 1.5 D
Hadiah Ketiga
Samsung FHD Smart Curved LED TV 49"
Hadiah Keempat
Mountain Bike Fuji 27.7 Nevada 1.6
Hadiah Kelima
Mountain Bike XDS 26’ 30 Speed
Hadiah Keenam
Mountain Bike XDS 26’ 30 Speed
Hadiah Ketujuh
Mountain Bike Trinx M618
Hadiah Kelapan
Ipad
Hadiah Kesembilan
Ipad
Hadiah Kesepuluh
Ipad
Lain - lain Hadiah
40 hadiah lain seperti notebook, mountain bike, barangan elektrik, telefon pintar, tablet pc dan perkakasan rumah.
   
Bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat di Kaunter MPSP, hadiah yang disediakan adalah seperti berikut :-
-
10 unit Samsung Galaxy Tab A 8”
 
Bagi promosi kali ini, MPSP telah menyediakan cenderamata berbentuk barangan “upcycle” kepada pembayar cukai yang layak iaitu pemilik yang membuat pembayaran secara online atau melalui agen kutipan yang dilantik seperti bank - bank dan Pos Malaysia sahaja. Bagi setiap akaun yang layak akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja.
 
Cenderamata boleh dituntut di kaunter tuntutan khas yang disediakan di hadapan Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Bandar Perda atau di pejabat cawangan dengan mengemukakan bukti -bukti pembayaran. Pemberian cenderamata akan bermula pada 1 Disember 2017 dan berakhir pada 31 Januari 2018. STOK ADALAH TERHAD.
 
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web www.mpsp.gov.my atau hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.