JEMPUTAN MEMBUAT SEBUTHARGA SEWAAN SISTEM BERKOMPUTER UNTUK PENGHANTARAN MESEJ PESANAN RINGKAS (SMS)
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ingin menjemput syarikat/vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah bidang 210104 (Software Product and Services) untuk mengemukakan cadangan Sebutharga Sewaan Sistem Berkomputer Untuk Penghantaran Mesej Pesanan Ringkas (SMS).
Sistem ini antara lain adalah bagi membangun dan menyewa kepada MPSP satu sistem untuk menjual kupon letak kereta MPSP secara SMS. Jenis Aplikasi adalah seperti menerima, memproses, menghantar dan menyimpan SMS dari dan ke telefon bimbit.
1.0 Skop Kerja
1.1 Menyediakan (peralatan komputer) dalam bentuk perkakasan, perisian,
aplikasi dan pengaturcaraan untuk disewa oleh MPSP. 1.2 Peralatan berkomputer itu hendaklah berupaya: 1.2.1 Mengambil arahan untuk memproses kod, data dan maklumat ke dalam
format yang akan ditentukan. 1.2.2 Menerima dan menyimpan mesej dan kod-kod yang diterima dari
telefon bimbit. 1.2.3 Memproses dan menghantar mesej dan kod-kod yang telah diproses
berdasarkan aturcara tertentu ke telefon bimbit. 1.2.4 Menyimpan mesej dan kod-kod ke dalam pengkalan data. 1.2.5 Mengadakan pengaturcaraan untuk memanggil mesej, kod-kod dan
dipamerkan dalam bentuk yang akan dimaklumkan oleh MPSP. 1.2.6 Mengadakan aturcara keselamatan dalam sistem berkomputer bagi
membolehkan pengguna tertentu sahaja mencapainya. 1.2.7 Lain-lain keperluan yang akan dirundingkan. 1.3 Berdasarkan skop kerja di atas vendor akan dibayar berdasarkan setiap SMS
yang berjaya dihantar dan diterima oleh telefon bimbit. 1.4 Vendor yang berjaya akan diminta menjalankan sistem ini secara percubaan
selama dua (2) minggu dan keputusan untuk menyewa akan dibuat setelah
MPSP berpuas hati terhadap sistem yang dicadangkan. 1.5 Vendor yang berminat hendaklah mengemukakan cadangan masing-masing
dalam format yang dilampirkan. MPSP boleh menerima atau menolak mana-mana
cadangan tanpa memberi sebarang sebab. 1.6 MPSP tidak menjamin sebarang bilangan minima SMS yang akan dihantar keluar
melalui sistem berkomputer di atas dan ia bergantung kepada permintaan
pelanggan sahaja. 1.7 MPSP juga tidak akan menanggung apa-apa gantirugi akibat kerugian yang
ditanggung oleh vendor semasa MPSP menyewa sistem ini.
Walaupun demikian, MPSP membenarkan vendor menghebahkan penggunaan sistem berkomputer ini kepada mana-mana agensi yang berminat dan boleh mengadakan kerjasama yang serupa untuk mendapat pulangan yang lebih cepat dari pelaburan tersebut. Contoh format cadangan adalah seperti di bawah:-
BIL. |
JENIS |
NYATAKAN |
|
Perkakasan |
|
|
Telefon Bimbit |
|
|
Perisian |
|
|
Applikasi |
|
|
Bilangan Skrin Yang Ditawarkan (Lampiran – format skrin yang dicadangkan) |
|
|
Bilangan Laporan Yang Ditawarkan (Lampiran –format skrin yang dicadangkan) |
|
|
Tempoh Ditawarkan (Tahun) |
|
|
Kadar Sewa Bagi Satu SMS Yang Berjaya Dihantar |
|
|
Lain-lain |
|
2.0 Cadangan
Segala cadangan sebutharga perlu dikemukakan atas nama :
Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai Jalan Perda Utama Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam. Pulau Pinang
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Shahrulnizad bin Abdul Razak, Penolong Pengarah Perbendaharaan ditalian 04 - 5497555
3.0 Tarikh Tutup : 23 Disember 2008
|