MAJLIS PELANCARAN WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (18/07/2007)

Dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Julai 2007 (Selasa)

Jam : 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Tempat : Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth

Majlis akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Pelancaran ini merangkumi Perasmian Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, Majlis Pecah Tanah Rangkaian Terminal Bersepadu dan Perasmian Rapid Pulau Pinang.

JEMPUTAN KEPADA FIRMA GUAMAN UNTUK MENGEMUKAKAN KERTAS CADANGAN BAGI MENGUTIP TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN MPSP (11/07/2007)

 

JEMPUTAN KEPADA FIRMA GUAMAN UNTUK
MENGEMUKAKAN KERTAS CADANGAN BAGI MENGUTIP
TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

 


Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ingin melantik peguam bagi membuat kutipan tunggakan cukai taksiran. Oleh yang demikian, MPSP menjemput firma-firma guaman untuk mengemukakan kertas cadangan tersebut sebelum 10 Ogos 2007.

Cadangan firma tuan hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi perkara-perkara berikut:

1.Prosidur tindakan
2.Tanggungan risiko
3.Jadual Fee / Yuran
4.Senarai PBT / syarikat / agensi kerajaan yang menggunakan perkhidmatan firma tuan untuk tindakan yang serupa
Adalah diingatkan bahawa, kertas cadangan yang akan dikemukakan, tidak akan mengikat MPSP untuk menerima syarat-syarat serta jadual fee/yuran yang ditetapkan oleh firma tuan. Semua kes-kes yang bakal diserahkan kepada firma guaman yang terpilih, adalah telah dikenakan tindakan melalui Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kertas cadangan tersebut hendaklah dialamatkan kepada: Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MPSP akan memberi keutamaan kepada firma guaman yang beroperasi di Seberang Perai.

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

BAYARAN CUKAI TAKSIRAN SETENGAH TAHUN KEDUA 2007 (06/07/2007)

Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Kedua 2007 telah diposkan. Para pemilik hendaklah membuat bayaran sebelum 31 Ogos 2007. Denda lewat sebanyak 2% atas jumlah tunggakan akan dikenakan pada 1 September 2007. Kos waran tahanan sebanyak 20% atas jumlah tunggakan akan dikenakan pada 15 September 2007.

Selain daripada kaunter MPSP, bayaran juga boleh dibuat melalui saluran berikut:

(1)Kaunter Pejabat Cawangan MPSP di Butterworth dan Sungai Jawi

(2)Laman Web MPSP di www.mpsp.gov.my melalui kad kredit VISA dan Mastercard serta melalui MEPS FPX

(3)Laman Web Kerajaan Negeri Pulau Pinang di www.penang.gov.my melalui MEPS FPX (berguna untuk pemilik yang mempunyai harta yang banyak dan juga di MPPP)

(4)Kaunter Agen Kutipan Setempat iaitu MPPP, TNB, TM, PDC, PBA, dan POS Malaysia

(5)Kaunter Bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat dan CIMB (Bumiputra Commerce only)

(6)Perbankan Internet 11 buah bank, iaitu Ambank, BIMB, Alliance Bank, Bank Rakyat, CIMB, Citibank, MbF, Eon Bank, HSBC Bank, RHB Bank dan Maybank.

Nota:

Berikut adalah 11 buah bank yang telah menyertai MEPS FPX

1.Bank Islam

2.CIMB Bank

3.Citibank

4.Deutsche Bank

5.Hong Leong Bank

6.HSBC Bank

7.Maybank

8.OCBC Bank

9.Public Bank

10.RHB Bank

11.Standard Chartered Bank

PEMBUKAAN KAUNTER PADA HARI SABTU DAN AHAD (06/07/2007)

 

KAUNTER BAYARAN MPSP DI BANDAR PERDA DIBUKA PADA HARI SABTU DAN AHAD DISEPANJANG BULAN JULAI DAN OGOS 2007 INI. MASA BUKA ADALAH DARI JAM 8.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI. PADA 30 OGOS 2007, KAUNTER MPSP AKAN DIBUKA SEHINGGA JAM 8.30 MALAM. PADA HARI BEKERJA, SEMUA KAUNTER MPSP BEROPERASI DARI JAM 7.30 PAGI – 5.30 PETANG.

[HANYA DITUTUP PADA 14 JULAI 2007 (SABTU) SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG]

NOTIS CUKAI TAKSIRAN BAGI SETENGAH TAHUN KEDUA 2007 (27/09/2007)

  

Adalah dimaklumkan bahawa notis cukai taksiran berkenaaan telah diposkan. Semua pemilik harta berkadar adalah dikehendaki membuat bayaran cukai taksiran sebelum 4 Oktober 2007 bagi mengelakkan pengenaan kos waran tahanan.

Apabila kos waran tahanan dikenakan, maka Majlis akan menjalankan operasi sitaan harta mudah alih di premis-premis milik tuan dan kaveat tanah bagi akaun cukai taksiran tanah.

Akaun cukai taksiran boleh disemak dan dibayar melalui Laman Web MPSP. Sila hubungi 04-5497470/1 atau e-mail kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang semakan/pertanyaan. 

Kaunter-kaunter MPSP adalah dibuka untuk bayaran dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA