Perasmian Mahkamah Majistrate (Municipal) (01/01/2002)
PERASMIAN MAHKAMAH MAJISTRATE (MUNISIPAL) SEBERANG PERAI
Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail bin Mamat, Setiausaha Perbandaran, Pegawai-pegawai Kehakiman termasuk Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Yang Berbahagia Dato' Abdul Wahab bin Said Ahmad dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia Dato' Alizatul Khair binti Osman Khairuddin, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang serta Ahli Majlis-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Mahkamah Majistrate (Munisipal) Seberang Perai ditubuhkan khas untuk mempercepatkan proses pendakwaan. Kes-kes dapat diselesaikan dengan cepat dan mengurangkan kesesakan yang berlaku di Mahkamah Majistrate Butterworth dan Mahkamah Majistrate Bukit Mertajam. Mahkamah Majistrate (Munisipal) Seberang Perai juga akan beroperasi secara elektronik tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.