Koperasi Pekerja
Majlis Perbandaran Seberang Perai Berhad
Koperasi Pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai Berhad atau ringkasnya KOSPEMA BHD telah didaftarkan pada 10 Disember 2003 dengan nombor pendaftaran P - 4 - 0256.
|
Koperasi ditubuhkan atas usaha dan inisiatif daripada mantan Setiausaha Perbandaran pada masa tersebut iaitu Encik Zainol Abidin bin Md Noh yang mana asas penubuhannya adalah bermatlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggotanya.
|
Semasa awal penubuhannya koperasi mewujudkan seramai 12 orang Anggota Lembaga Koperasi dan diterajui oleh Encik Ashari bin Nawawi sebagai Pengerusi serta dianggotai oleh seramai 45 orang anggota sahaja.
|
Kini, setelah 19 tahun penubuhannya koperasi telah mengorak langkah ke era baru dengan mempunyai keanggotaan seramai 535 anggota di samping memiliki jumlah yuran dan syer melebihi RM2.14 juta dan dapat berdiri teguh seperti apa yang ada pada hari ini.
|
Koperasi Pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai Berhad beribu pejabat di Majlis Bandaraya Seberang Perai, Menara Bandaraya, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam. Koperasi menyediakan pelbagai aktiviti yang merangkumi pinjaman, kontrak dan sewaan premis-premis. Aktiviti sampingan yang dijalankan adalah seperti kebajikan dan sosial, pelaburan serta lawatan. Dalam masa yang sama koperasi juga berusaha mendapatkan projek - projek di MBSP dan projek luaran untuk mencari keuntungan yang berlipat ganda sejajar dengan matlamatnya.
|