TAKLIMAT PENGASINGAN SISA DI PUNCA DI TAMAN CHAI LENG, SPT

29 Jun 2024 (Sabtu)
Taklimat Pengasingan Sisa Di Punca anjuran MPKK Taman Chai Leng dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai telah diadakan pada 29 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, SPT. Seramai 50 orang penduduk telah menghadiri taklimat pengasingan sisa di punca ini. Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada komuniti untuk mempelajari cara mengasingkan sisa kitar semula dengan betul dan meningkatkan pengetahuan komuniti berkaitan aktiviti penguatkuasaan pengasingan sisa di punca yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2024 melalui taklimat dan demonstrasi penguatkuasaan pengasingan sisa di punca. Taklimat Pengasingan Sisa Di Punca ini telah dirasmikan oleh Encik Ponnudurai a/l V Anthony Srinvasagam, Ahli Majlis MBSP.

Gambar Penuh boleh diambil di pautan Drive : https://drive.google.com/drive/folders/1y0khzNbak5em21tURvAkrKxofpupGAzX?usp=sharing

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000633