TAKLIMAT PENGASINGAN SISA DI PUNCA DI PERKAMPUNGAN BERAPIT, SPT

13 Julai 2024 (Sabtu)

Program ini merupakan inisiatif Ahli Majlis MBSP Encik Victor Ng Wai Leong dengan melibatkan MPKK Kg Baru Berapit, MPKK Kg Besar, MPKK Kg Aston, MPKK Taman Tenang dan MPKK Kg Baru bagi memberi pendedahan terkini tentang pelaksanaan penguatkuasaan pengasingan sisa di punca. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada komuniti untuk mempelajari cara mengasingkan sisa kitar semula dengan betul dan meningkatkan pengetahuan komuniti berkaitan aktiviti penguatkuasaan pengasingan sisa di punca yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2024 melalui taklimat dan demonstrasi penguatkuasaan pengasingan sisa di punca. Dasar Pengasingan Sisa Di Punca mengkehendaki penduduk Pulau Pinang untuk mengasingkan sisa kepada dua aliran iaitu sisa baki dan sisa kitar semula yang mula dilaksanakan pada tahun 2016.

Gambar Penuh boleh diambil di pautan Drive : https://drive.google.com/drive/folders/1fFI-FN0n1g6lTJ9tDIQrZR6uXyNmbk43?usp=sharing

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000632