TAKLIMAT PENGASINGAN SISA DI PUNCA DAN PAMERAN UPCYCLE SEMPENA MINI KARNIVAL & KEM DIABETES
29 Jun 2024 (Sabtu)
Taklimat Pengasingan Sisa Di Punca Dan Pameran Upcycle Sempena Mini Karnival & Kem Diabetes telah diadakan pada 29 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Taman Ara Indah, Seberang Perai Utara.
Taklimat Pengasingan Sisa Di Punca menekankan mengenai Dasar Pengasingan Sisa Di Punca 2016 dan penduduk didedahkan dengan kaedah mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula. Selain itu penduduk diberi penerangan bagaimana kaedah mengasingkan sisa kitar semula yang telah dikumpul mengikut kategori perumahan masing-masing.
Penekanan kepada tindakan penguatkuasaan pengasingan sisa bermula 1 Julai 2024 juga dibuat beserta dengan edaran risalah Pengasingan Sisa Di Punca. Pameran Upcycle juga memberi kesedaran kepada para penduduk mengenai aktiviti circular economy dari sisa yang ada di persekitaran mereka.

Gambar Penuh boleh diambil di pautan Drive : https://drive.google.com/drive/folders/1YuZIZnXe4h_LDixqHq8EaDfVfiqyQ-38?usp=sharing

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000633