PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI “BEACH CLEAN UP”

13 Julai 2024 (Sabtu)
Program Pembersihan Pantai “Beach Clean Up” telah diadakan pada 13 Julai 2024 (Sabtu) di Jeti Pantai Batu Musang, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Goh Choon Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun. Turut hadir bersama Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MBSP. Program ini merupakan anjuran Edelteq Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang , MPKK setempat dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini dilaksanakan menggunakan kaedah plogging iaitu gabungan aktiviti “jogging” dan juga aktiviti “mengutip sampah” yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat setempat dalam agenda melestarikan aspek kebersihan.

Gambar Penuh boleh diambil di pautan Drive : https://drive.google.com/drive/folders/1DcrGI6cul3R-v8P8I-NPPaJ6io6DR8Y1?usp=sharing

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000632