PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR WASTE TO WEALTH
23 Jun 2024 (Ahad)
 
Program Kempen Kesedaran Alam Sekitar Waste To Wealth telah diadakan pada 23 Jun 2024 (Ahad) bertempat di Pasaraya C-Mart, Bandar Tasek Mutiara, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan H'ng Mooi Lye, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa. Turut hadir bersama adalah Ahli-Ahli Majlis; Yang Berusaha Tuan Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Setiausaha Bandaraya; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan; warga kerja MBSP serta barisan dif-dif jemputan. Program Kempen Kesedaran Alam Sekitar Waste To Wealth yang dianjurkan ini adalah merupakan aktiviti yang menggalakkan usaha dalam melestarikan alam sekitar, mendidik masyarakat tentang kepentingan kitar semula serta memberi kesedaran bahawa sisa kitar semula adalah sesuatu yang berharga dan boleh menjana pendapatan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang pengasingan sisa dipunca serta impak yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengamalkan aktiviti kitar semula kepada alam sekitar.
 

 

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000632