PELANCARAN ESD (EDUCATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT) LEARNING HUB
8 Jun 2024 (Sabtu)
Pelancaran ESD (Education For Sustainable Development) Learning Hub telah berlangsung pada 8 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Grew Sustainable Community Centre (GSCC), Desa Impian 2, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubuk. Turut hadir bersama adalah Ahli-Ahli Majlis MBSP, Pegawai-Pegawai Kanan MBSP serta para penduduk Desa Impian 2, Bukit Mertajam. Antara pengisian aktiviti di bawah program ini adalah pameran dari Pasukan Kerja LA21 MBSP berkaitan kaedah penghasilan kompos. MBSP juga membuat penyerahan Sangkar Kitar Semula bagi kegunaan komuniti setempat. Penyerahan Sangkar Kitar Semula ini merupakan aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha dalam melestarikan alam sekitar, mendidik masyarakat tentang kepentingan kitar semula. Penyerahan Sangkar Kitar Semula ini mampu memberi impak dalam menjayakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca.

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000633