LAWATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) KE UNIT UPCYCLE MBSP SEMPENA CIRCULAR BLANDED BOOTCAMP

 09 Julai 2024 (Selasa)
Satu lawatan daripada USM Ke Unit Upcycle MBSP Sempena Circular Blanded Bootcamp telah diadakan pada 09 Julai 2024 (Selasa) bertempat di Bengkel Unit Upcycle MBSP, Bertam, SPU.
Tujuan lawatan USM ke bengkel Unit Upcycle MBSP diadakan bagi menjayakan bengkel Circular Blended Bootcamp sebagai sebahagian daripada projek ‘Circular Economy Living Laboratories Supporting Social Innovation In Southeast Asia’ anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM. Seramai dua (2) orang tenaga pengajar dari Sepanyol dan Portugal serta 25 orang peserta termasuk peserta antarabangsa hadir dalam sesi lawatan tersebut. Penerangan ringkas berkenaan Unit Upcycle MBSP telah diberikan kepada semua peserta sebelum sesi lawatan kerja-kerja membuat produk upcycle diadakan. Kakitangan Unit Upcycle MBSP memberi pendedahan berkenaan aktiviti menyediakan produk upcycle dan penerapan inovasi upcycle dalam ekonomi kitaran.

Gambar Penuh boleh diambil di pautan Drive : https://drive.google.com/drive/folders/1JypejgOgrRCTtiDdEDYRwDK_zJupgVf4?usp=sharing

Alamat MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai
 
Menara Bandaraya,
 
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
 
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 - 5497555
No. Faks : 04 - 5389700
Laman Web : LA21

Produk LA21

Program 'Upcycle' MBSP

Program ‘Upcycle’ MBSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk yang kreatif.
 

Pautan

  • Laman Rasmi MBSP
  • Laman Rasmi Intranet
  • Laman Rasmi Intranet
0000632