Rekreasi
Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam | ||||
|
||||
|
||||
Ampang Jajar Sungai Krian | ||||
|
||||
Tempat rekreasi ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Jaraknya dari bandar Butterworth lebih kurang 40 km. Sebuah tempat rehat, sesuai untuk kegiatan perkelahan, perkhemahan, memancing dan beriadah.
|
||||
Hutan Lipur Cherok To'Kun | ||||
|
||||
Hutan lipur ini mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim. Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah :-
Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini.
|
||||
|
||||
Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda.
|
||||
|
||||
Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.
|
||||
|
||||
Untuk kemudahan para pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan suasana malam dalam persekitaran hutan, sebanyak enam buah 'chalet' yang setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi, siap untuk kegunaan anda
|
||||
Hutan Lipur Bukit Panchor | ||||
Hutan ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kawasan rehat yang sesuai untuk kegiatan perkhemahan serta beriadah.
|
||||
Pulau Aman | ||||
Sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan. Untuk berulang - alik ke pulau ini terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Jeti Batu Musang. Merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat - tempat yang bersejarah.
|
||||
Taman Robina Eco Park | ||||
|
||||
Terletak di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Taman ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai berkonsepkan terbuka serta tandas untuk membersihkan diri. Kemudahan yang disediakan sesuai untuk semua golongan kerana terdapat juga laluan refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah, Tapak Sukan Ekstrem Rakan Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan Air bagi latihan kayak, wall climbing serta gimnasium mini.
Kawasan lapang untuk kegiatan senaman Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu.
|
||||
Taman Bandar, Ampang Jajar | ||||
|
||||
Taman ini terletak di Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah dalam kawasan seluas lebih kurang 151 ekar di tepi Sungai Perai dan berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Sebuah tempat rehat yang menarik, sesuai untuk kegiatan memancing dan beriadah.
|
||||
Taman Burung | ||||
|
||||
Terletak di Taman Tunku, Seberang Jaya dengan jarak lebih kurang tujuh km dari Jambatan Pulau Pinang dan 12 km dari Pengkalan Sultan Abdul Halim. Mempunyai kawasan seluas 5 ekar. Terdapat pelbagai jenis spesis burung dari dalam dan luar negara. Bayaran masuk dikenakan, iaitu RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak.
|
||||
Perkampungan Tradisional | ||||
|
||||
Kampung ini terletak di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 22 km dari bandar Butterworth. Aktiviti perkhemahan boleh diadakan di sini dan menjadi tumpuan, terutamanya pada musim buah-buahan.
|
Comments