Modul Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan Dan Pengredan

Tarikh kemaskini pada

PENGGREDAN PREMIS MAKANAN
     
Keperluan Am
   
item
Premis makanan mesti mematuhi kriteria - kriteria berikut :
 
a.
Semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk mendapat suntikan pelalian anti - tifoid;
 
b.
Semua pengendali makanan mengikuti Kursus Pengendali Makanan; dan
 
c.
Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
     
item
Bagi premis yang ingin meningkatkan penarafan bintang, pengusaha premis makanan boleh memohon penggredan semula, walau bagaimanapun pemeriksaan semula premis adalah bergantung kepada kemampuan PBT.
     
 
JULAT PEMARKAHAN (%)
KRITERIA DAN PENARAFAN PREMIS MAKANAN
86 – 100
i.
Premis makanan diiktiraf sebagai “AMAT BERSIH” dan setaraf dengan GRED A.
ii.
Pemeriksaan ulangan dijalankan selepas dua tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
iii.
Penarafan tandas perlulah mendapat sekurang - kurangnya 4 atau 5 Bintang BintangBintangBintangBintangBintang.
     
71 – 85
i.
Premis makanan diiktiraf sebagai “BERSIH” dan setaraf dengan GRED B.
ii.
Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas setahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
iii.
Penarafan tandas perlulah mendapat sekurang - kurangnya 3 bintang ke atas BintangBintangBintang.
     
51 – 70
i.
Premis makanan layak diiktiraf sebagai “KURANG BERSIH” dan setaraf dengan GRED C.
ii.
Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas enam bulan ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
iii.
Penarafan tandas perlulah mendapatkan sekurang - kurangnya 1 bintang ke atas Bintang.
     
50 dan ke bawah
i.
Premis makanan dikategorikan sebagai “TIDAK BERSIH” dan TIADA penarafan GRED.
ii.
Semua pengendali makanan dikehendaki mengikuti semula kursus pengendali makanan.
iii.
Pemeriksaan semula akan dijalankan dalam tempoh 14 hari.
Sekiranya penilaian semula berada pada tahap 50% dan ke bawah semasa pemeriksaan tersebut, TINDAKAN PENUTUPAN akan dijalankan oleh PBT yang mempunyai kuasa atau dirujuk kepada PKD bagi tujuan tersebut.
     
item
Bentuk Penarafan Dan Pengiktirafan :
 
a.
Sijil penarafan gred diberikan kepada pengusaha premis makanan berdasarkan kepada tiga bentuk pengiktirafan (Jadual 2). Penarafan dan pengiktirafan ini hendaklah dipamerkan di premis - premis makanan untuk pengetahuan dan makluman orang ramai. Kegagalan pihak pengusaha dan pengendali premis makanan untuk mempamerkan boleh menyebabkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh PBT selaras dengan Undang - Undang Kecil serta Syarat - Syarat Pelesenan yang ditetapkan.
 
b.
Senarai penarafan dan pengiktirafan premis - premis makanan ini boleh juga dimuatkan ke dalam laman web PBT masing - masing bagi menggambarkan ketelusan dan keterbukaan sistem tersebut.
     
   
Jadual 2
Pengiktirafan Premis Berdasarkan Penarafan Gred.
 
PENGIKTIRAFAN PREMIS
PENARAFAN GRED
JULAT PEMARKAHAN (%)
PENARAFAN BINTANG (TANDAS)
AMAT BERSIH
A
86 - 100
4/5
BERSIH
B
71 - 85
≥3
KURANG BERSIH
C
51 - 70
≥1
 
*Nota : Premis yang mendapat markah 50% dan ke bawah tindakan susulan akan diadakan yang boleh membawa kepada penutupan premis.
     
 
c.
Contoh Sijil Penarafan Gred A, B, C pengiktirafan kebersihan premis.
     
    Sijil Penarafan Gred A, B, C
     
item
Penarikan Balik Sijil Pengiktirafan :
 
a.
Berlaku kejadian kes berkaitan penyakit bawaan air dan makanan;
 
b.
Gagal mengekalkan tahap penilaian kebersihan yang ditetapkan;
 
c.
Pengusaha dan pengendali makanan yang baru tidak menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk mendapat suntikan pelalian anti - tifoid;
 
d.
Pengusaha dan pengendali makanan yang baru tidak mengikuti Kursus Asas Pengendali Makanan yang dijalankan oleh Institusi Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
 
e.
Berada dalam keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan memudaratkan kesihatan; dan
 
f.
Gagal mematuhi atau melanggar mana - mana syarat pelesenan oleh PBT.
     
 
Lampiran 1 : Borang Pemeriksaan Dan Penggredan Premis Makanan.