PROMOSI BAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL KEDUA 2024

 
Cukai Taksiran Penggal Kedua Tahun 2024
 
PROMOSI BAYARAN CUKAI TAKSIRAN BAGI PENGGAL KEDUA 2024 bagi bil cukai taksiran tahun 2024 akan bermula pada 01 Julai 2024 dan bakal tamat pada 31 Ogos 2024. Promosi ini diadakan sebagai galakan berterusan kepada warga Seberang Perai supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan mana - mana platform saluran pembayaran secara dalam talian (online) atau melalui kiosk serta agensi kutipan yang telah dilantik oleh MBSP.
 
Syarat - syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut :
a.
Cukai taksiran tahun 2024 beserta tunggakan (jika ada) dijelaskan melalui saluran online, kiosk dan agensi kutipan yang telah dilantik sahaja.
b.
Pembayaran di kaunter MBSP termasuk cawangan adalah tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.
c.
Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan mulai 1 Julai 2024 hingga 31 Ogos 2024.
d.
Pembayar cukai yang telah membuat bayaran dari 1 Disember 2023 hingga 30 Jun 2024 juga layak menyertai cabutan bertuah tidak termasuk pemenang untuk promosi bagi Penggal Pertama 2024.
 
Senarai saluran pembayaran adalah seperti berikut :
a.
Laman web MBSP : https://www.mbsp.gov.my
b.
Portal eBayar Penang : https://ebayar.penang.gov.my.
c.
Portal Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan : https://pbtpay.kpkt.gov.my.
d.
JOMPAY
e.
Aplikasi ASPIRE Seberang Perai, BOOST, Shopee & Touch n Go eWallet
f.
ASPIRE Smart Cashless Kiosk & Kiosk Payquik (PayLink Global)
g.
Pos Malaysia Berhad
h.
Perbankan internet iaitu Bank Islam, Maybank, Public Bank, CIMB & HSBC
 
Hadiah cabutan bertuah yang disediakan adalah seperti jadual di bawah :
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM5,555
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM4,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM3,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 6
Wang Tunai RM700
Tempat Ke - 7
Wang Tunai RM500
Tempat Ke - 8
Wang Tunai RM400
Tempat Ke - 9
Wang Tunai RM300
Tempat Ke - 10
Wang Tunai RM200
Tempat Ke - 11 Hingga Tempat Ke - 30
Wang Tunai RM100
 
Cabutan nama pemenang yang bertuah akan ditentukan pada penghujung bulan September 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Bayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Kedua 2024, sila hubungi talian helpdesk cukai taksiran di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

SENARAI SEBUTHARGA KONTRAKTOR YANG BERJAYA

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

TEMUDUGA TERBUKA PASAR AWAM (19 JUN 2024) DAN KOMPLEKS MAKANAN (25 JUN 2024) MBSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Kompleks Makanan dan Pasar Awam (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497749 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

TEMUDUGA TERBUKA KHAS PENEMPATAN PUSAT PENJAJA TAMAN PUTERI GUNUNG (13 JUN 2024) MBSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Khas Penempatan Pusat Penjaja Taman Puteri Gunung (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497749 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

CADANGAN UNTUK MEMBUKA PENYEWAAN TAPAK MILIK MBSP DI ATAS LOT 5806, MUKIM PERAI, PUSAT PERNIAGAAN PERAI UTAMA, BANDAR PERAI, SPT BAGI TUJUAN AKTIVITI KOMERSIAL - TARIKH TUTUP 03 JULAI 2024

Tawaran mempelawa pihak - pihak yang berminat untuk mengemukakan Cadangan Untuk Membuka Penyewaan Tapak Milik MBSP Di Atas Lot 5806, Mukim Perai, Pusat Perniagaan Perai Utama, Bandar Perai, SPT Bagi Tujuan Aktiviti Komersial bermula pada 04 Jun 2024 sehingga 03 Julai 2024 (sebelum jam 12.00 tengahari):

NO
TAWARAN CADANGAN
DOKUMEN
     
1)
Cadangan Untuk Membuka Penyewaan Tapak Milik MBSP Di Atas Lot 5806, Mukim Perai, Pusat Perniagaan Perai Utama, Bandar Perai, SPT Bagi Tujuan Aktiviti Komersial