Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai akan mengadakan Kursus Pengurusan Kualiti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Kepada Kontraktor pada 04 Mei 2017 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Sehubungan dengan itu, kepada kontraktor yang berminat bolehlah membuat bayaran di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 15 Mac sehingga 17 April 2017. Yuran kursus adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus berkenaan bolehlah berhubung dengan Puan Nur Zamzarina binti Hj Othman di talian 04 - 5497773 atau Cik Siti Amirah binti Zainudin di talian 04 - 5497454. Sekian, harap maklum.