Dua Jalan Utama Ditutup Untuk Sambut Bulan Kemerdekaan (24/08/2005)

 

Dua jalan utama akan ditutup iaitu Jalan Bagan Luar dan Jalan Hong Choon Thian berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU pada 27 & 28 Ogos (untuk raptai) dan 31 Ogos untuk acara perbarisan Hari Kemerdekaan ke-48 di Dataran Pemuda Merdeka bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Kenderaan dari arah Sungai Petani akan dilencongkan ke Jalan Kg. Paya memasuki Jln Raja Uda sebelum ke Jln Siram dan terus ke Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE).

 

Bagi pengguna feri dinasihatkan guna Jln Sungai Nyior menerusi Jln Siram. Pengguna dari Seberang Jaya yang ingin ke arah utara melalui jalan persekutuan akan dilencongkan ke Jalan Siram dan kemudian ke Jalan Raja Uda.

 

Kenderaan dari feri diarahkan ke Jalan New Ferry, Jalan Sungai Nyior dan terus ke BKE untuk ke Selatan atau Jalan Siram untuk ke utara.

 

Orang ramai yang ingin menyaksikan perbarisan diminta meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan Taman Selat, sekitar Jalan Jeti Lama, Kampung Benggali dan di belakang IPD SPU.

Program Kempen Derma Darah "Blood For Life" Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-48 (07/09/2005)

 

Untuk makluman, Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang akan mengadakan Kempen Derma Darah "Blood For Life" sempena Bulan Kemerdekaan Ke-48 dengan kerjasama Hospital Seberang Jaya pada:

 

Tarikh   :  9/9/2005 (Jumaat)

Jam      :  9.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat : Carrefour Seberang Jaya

 

Semua warga Seberang Perai dijemput hadir untuk turut serta di dalam kempen ini.

PESTA KERJAYA MSC (11/08/2005)

 

Satu pesta pencarian pekerjaan secara besar-besaran sempena bulan ICT Malaysia akan diadakan pada :-

Tarikh  :  7 - 10 September 2005

Masa  :  11 pagi - 7 malam

Tempat  :  Dewan Millenium

Pelbagai tawaran pekerjaan akan ditawarkan pada hari tersebut termasuk temuduga terbuka dari pelbagai syarikat besar.

Pengangkutan percuma akan disediakan untuk pencari kerja dari negeri Kedah, Perak dan Perlis. Anda dikehendaki mendaftar dahulu di http://www.malaysia-job-fair.com/transportation.aspx sebelum dapat menggunakan pengangkutan percuma. Tarikh akhir untuk anda mendaftar ialah pada 3 September 2005. Jadual pengangkutan boleh didapati di http://recruitment.mdc.com.my/transportation.asp .

Pengangkutan percuma dari Pulau Pinang tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Anda boleh layari jadual pengangkutan di http://recruitment.mdc.com.my/transportation.asp#shuttle

Untuk maklumat lanjut mengenai JOB FAIR ini anda boleh layari laman web http://recruitment.mdc.com.my/index.asp

Program Bacaan Al-Quran Untuk Arwah Muslimin dan Muslimat Di Bulan Ramadhan 1426H Masjid Negeri Pulau Pinang (07/09/2005)

 

Untuk makluman, Masjid Negeri Pulau Pinang bercadang mengadakan Program Bacaan Al-Quran 30 juzuk kepada Arwah Muslimin & Muslimat sepanjang bulan Ramadhan 2005. Program ini dibuka kepada semua golongan yang berhajat untuk menyampaikan fadhilat pahala bacaan Al-Quran kepada Arwah yang dihajatkan. Setiap bacaan Al-Quran 30 juzuk kepada satu Arwah ditetapkan sumbangan ikhlas RM 100.00 sahaja di mana sumbangan ini akan digunakan untuk aktiviti masjid sepanjang bulan Ramadhan.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 19/9/2005 (Isnin).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Masjid Negeri Pulau Pinang di talian 04-8282212.

PAMERAN SENI LUKIS TERBUKA PESTA PULAU PINANG 2005 (07/12/2005)

 

Pengerusi & Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Pesta Pulau Pinang 2005 & Jawatankuasa Balai Seni Lukis, Pulau Pinang dengan segala hormatnya mempersilakan semua warga Seberang Perai ke Majlis Pembukaan Rasmi Pameran Seni Lukis Terbuka Pesta Pulau Pinang, 2005 pada

 

Tarikh    :16 Disember 2005 (Jumaat)

Masa     : 5.00 pm 

Tempat : Galeri PINANG paras bawah,

               Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

 

Pakaian Kemas.