Perasmian Pasar Awam Kepala Batas (01/01/2002)
MAJLIS PERASMIAN PASAR AWAM KEPALA BATAS
Majlis perasmian Pasar Awam Kepala Batas telah diadakan pada 24 Mei 2002 (Jumaat), Jam 8.30 Pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Pasar yang terletak di Jalan Permatang Manggis ini dibuka secara rasminya untuk perniagaan mulai 15 Jun 2002. Pasar baru dibina bagi menggantikan pasar lama yang tidak lagi sesuai untuk aktiviti perniagaan. Pasar ini dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik untuk peniaga dengan ruang yang lebih selesa dan luas
Pecahan gerai/petak dan kadar sewa untuk pasar ini adalah seperti berikut :-
Jenis Jualan | Gerai | Kadar Sewa (RM) |
|
||
Sayur | 30 | 65.00 |
Ikan | 30 | 75.00 |
Daging Lembu | 12 | 65.00 |
Gerai Makanan | 20 | 120.00 |
Gerai Barangan/Runcit | 24 | 120.00 |
Petak | 108 | 30.00 |
Ayam Proses | 18 | 75.00 |
|