NOTIS PEMBERITAHUAN : PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN KOLAM UPCYCLE MBSP, BANDAR PERDA BERMULA PADA 02 SEPTEMBER 2024 SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2024

Dimaklumkan bahawa sebahagian Kolam Upcycle MBSP, Bandar Perda akan ditutup sementara kepada orang awam bagi tujuan kerja - kerja penyelenggaraan kolam yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh Penutupan : 02 September 2024 (Isnin) sehingga 15 September 2024 (Ahad).

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Results Of Tender Board - Protest Dateline (29th August 2024) & Display Dateline (12th September 2024)

List Of Successful Contractors (Click To View)

Second Notice: List Of Vehicles For Disposal

NOTIS KEDUA : SENARAI KENDERAAN UNTUK PELUPUSAN

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menjalankan tindakan pelupusan ke atas kenderaan - kenderaan yang telah disita/dipindah oleh MBSP. Mana - mana pemilik kenderaan berkenaan boleh membuat tuntutan di Pejabat Direktorat Penguatkuasaan, Tingkat 1, Pejabat Cawangan Jalan Betek, 14000 Bukit Mertajam dengan membawa bersama dokumen seperti berikut :-

1) Hak milik kenderaan asal (geran) dan ;
2) Salinan inventori sitaan (jika ada)

Kesemua pemilik kenderaan ini telah diberikan Notis Pertama melalui pos ke alamat pemilik untuk memaklumkan berkaitan kenderaan ini yang disita / dipindah oleh MBSP. Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Notis Kedua ini dikeluarkan / dipaparkan sehingga proses pelupusan selanjutnya diteruskan. Senarai kenderaan untuk dilupuskan adalah seperti di LAMPIRAN.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Direktorat Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Seberang Perai di talian 04 - 5402557.

Sekian, terima kasih.

Error Quotation : S0424029

Adalah dimaklumkan dokumen sebutharga S0424029 yang telah diiklankan pada 19 Ogos 2024 adalah terbuka kepada kontraktor G1 yang berdaftar di daerah Seberang Perai Utara (SPU) sahaja.

Taklimat tapak akan diadakan pada 28 Ogos 2024 manakala tarikh tutup sebutharga adalah pada 11 September 2024.

Sekian, harap maklum.

Announcement Of Quotation Results - Protest Dateline (27th August 2024) & Display Dateline (10th September 2024)

List Of Successful Contractors (Click To View)