|
|
Adalah memaklumkan bahawa Promosi Cukai Pintu MPSP Tahun 2019 akan bermula pada 1 Disember 2018 dan akan tamat pada 28 Februari 2019. |
Kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-
(a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun untuk tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada).
(b) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019.
(c) Tidak layak bagi pemilik premis yang telah mendapat pelepasan kecuali pemilik premis yang mempunyai tunggakan dengan syarat menjelaskan keseluruhan tunggakan yang ada.
(d) Pembayaran dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP seperti di Lampiran A
|
MPSP amat menggalakkan pemilik premis membuat bayaran cukai taksiran secara online bagi mengelakkan kesesakan dikaunter bayaran MPSP, dan ianya juga lebih mudah, pantas, serta menjimatkan masa dan kos. MPSP juga telah menyediakan pelbagai saluran-saluran bayaran melalui agensi kutipan yang telah dilantik bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran selain di kaunter MPSP. |
|
Sehubungan dengan itu, bagi promosi cabutan bertuah kali ini, MPSP telah menyediakan sebanyak lima puluh (50) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / AGEN KUTIPAN manakala sepuluh (10) hadiah bagi kategori B iaitu BAYARAN DIKAUNTER MPSP. |
|
Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak enam puluh (60) hadiah. |
|
Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / AGEN KUTIPAN, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut: - |
|
Kedudukan Hadiah |
Jenis Hadiah |
Hadiah Pertama |
Mountain Bike Fuji 27.5 Tahoe 1.5 10s my16 |
Hadiah Kedua |
Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.1 10s my16 |
Hadiah Ketiga |
Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.5 9s my17 |
Hadiah Keempat |
Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.5 9s my16 |
Hadiah Kelima |
Mountain Bike Fuji 27.5 Nevada 1.6 8s my16 |
Hadiah Keenam |
Go Pro Hero 7 Black |
Hadiah Ketujuh |
Panasonic 4K Smart LED TV 43" |
Hadiah Kelapan |
Samsung FHD LED TV 49" |
Hadiah Kesembilan |
Ipad |
Hadiah Kesepuluh |
Ipad |
Lain-lain hadiah |
40 hadiah lain seperti notebook, mountain bike, barangan elektrik, telefon pintar, dan perkakasan rumah. |
|
|
Bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat dikaunter MPSP, 10 hadiah telah disediakan iaitu berupa telefon pintar Samsung Galaxy J4 Core. |
|
Bagi promosi kali ini, MPSP menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta percuma (kupon jam) bernilai RM2.00 sebuku sebagai cenderamata kepada 25,000 pemilik premis yang layak dan terawal membuat tuntutan. |
|
Disamping itu juga, MPSP turut menyediakan cenderamata barangan upcycle kepada 3,000 akaun berikutnya yang layak dan membuat tuntutan. Setiap akaun yang layak hanya akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja. |
|
Pemilik premis yang membuat bayaran samada dikaunter MPSP atau secara online/agen kutipan, boleh terus membuat tuntutan cenderamata di kaunter tuntutan yang disediakan di Ibu Pejabat MPSP di Bandar Perda dan kaunter cawangan dengan mengemukakan bukti-bukti pembayaran. Pemberian cenderamata akan bermula pada 1 Disember 2018 dan berakhir pada 28 Februari 2019. Selagi stok masih ada. |
|
Dengan ini saya menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2019 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda menerima cenderamata serta terpilih untuk cabutan bertuah. |
|
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web www.mpsp.gov.my atau hubungi di talian 04-5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau e-mail di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
|
LAMPIRAN A |
- Saluran bayaran secara online adalah seperti berikut (18 saluran):-
|
|
- Laman web MPSP : www.mpsp.gov.my
- Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my
- Perbankan Internet:
|
1. Bank Islam Malaysia Berhad 2. Maybank 3. Alliance Bank 4. Ambank 5. RHB Bank 6. BSN 7. Affin Bank 8. Public Bank 9. Bank Muamalat 10.Agro Bank 11.CIMB Bank 12.HSBC 13.UOB 14.MBF Cards (Ambank) 15.Citibank 16.Jompay
|
- Manakala senarai agen-agen kutipan kaunter yang sah dilantik MPSP adalah seperti berikut (5 agen) :-
|
1. Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
|
2. Kaunter Bank Rakyat |
|
3. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) |
|
4. Pos Malaysia |
|
5. Kiosk |
- Kaunter Bayaran MPSP di Ibu Pejabat Bandar Perda, Pejabat Cawangan Kampung Jawa, Butterworth dan Pejabat Cawangan di Jawi.
|
|
|