Official Opening Ceremony Of Kepala Batas Market (01/01/2002)

 

Official Opening Ceremony of Kepala Batas Market

The Kepala Batas Public Market was officially opened by Yang Berbahagia Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Deputy Prime Minister of Malaysia on 24th May 2002.

The market, which is located at Jalan Permatang Manggis was officially opened for business on 15th June 2002. It was built to replace the existing public market.This market is equipped with better facilities for traders with larger and more comfortable spaces.

The types of stalls/lots and their rentals:-


Types Of Sales Stalls Rentals (RM)

     Vegetables 30 65.00
     Fish 30 75.00
     Poultry 12 65.00
     Hawker Foods 20 120.00
     Sundry Goods 24 120.00
     Lots 108 30.00
     Processed Chicken 18 75.00

Lelongan Awam (01/01/2002)

 

LELONGAN  AWAM HARTA MUDAH ALIH BIL. 1/2002

 

Pada 15 April yang lalu, satu lelongan awam harta mudah alih yang disita telah dijalankan buat julung kalinya di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi. 

Daripada 19 unit barangan elektrik yang telah diluluskan untuk dilelong, sebanyak 3 unit telah dikembalikan kepada pemilik masing-masing kerana mereka telah menjelaskan tunggakan cukai kadaran masing-masing. 

Majlis telah berjaya melelong 15 unit dan sebuah televisyen yang tidak berjaya dilelong pada hari tersebut akan dilelong semula dan diturunkan harga permulaannya pada lelongan yang akan datang. 

Para pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai dinasihatkan untuk membuat bayaran segera sebelum tindakan penyitaan dibuat.

 'BAYAR  SEGERA,  ELAKKAN  HARTA  ANDA  DARI  DISITA'.

Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP Tahun 2002 (01/01/2002)

 

Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP Tahun 2002

31 Januari 2002

Diadakan didewan Kenanga, Tingkat 4 Bangunan Ibu Pejabat MPSP. Seramai 21(daripada 24 orang jumlah keseluruhan ahli majlis), ahli majlis baru dan yang dilantik semula mengangkat sumpah jawatan pada hari ini. Turut Hadir menyaksikan majlis ini ialah YB. Dato' Dr. Hilmi Bin Yahaya, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB. Dr. Teng Hock Nan, Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Lalulintas.

 ahli majlis baru2.jpg (66512 bytes)ahli majlis baru1.jpg (75119 bytes)

Jamuan Tahun Baru Cina (01/01/2002)

 

Jamuan Tahun Baru Cina

20 Febuari 2002

Diadakan depan perkarangan Ibu Pejabat MPSP mulai jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.Tetamu kehormat ialah TYT. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Toh Puan Datin Seri, Ketua Menteri dan isteri. Turut hadir ialah exco-exco, adun-adun, ahli Parlimen, ahli Dewan Negara, pemimpin-pemimpin politik, ahli majlis, pegawai-pegawai MPSP, kakitangan dan Lain-lain jemputan.

koh soo koon.jpg (85450 bytes)tahun baru cina1.jpg (86158 bytes)tahun baru cina2.jpg (86600 bytes)

Operasi Kutipan Tunggakan (01/01/2002)

 

OPERASI  KUTIPAN  TUNGGAKAN 

CUKAI  KADARAN  BANGUNAN (Bil 1/2002)

                                            

Majlis telah memulakan operasi kutipan tunggakan cukai kadaran bangunan atau cukai pintu pada awal bulan Mei 2002 yang lalu. Sebanyak 2,500 Waran Tahanan akan dikeluarkan bagi membolehkan Majlis membuat rampasan harta mudah alih seperti barangan elektrik dan perabot, yang berada di premis pemilik-pemilik cukai yang mempunyai tunggakan. Harta mudah alih yang dirampas tersebut kemudiannya akan dilelong. Jika tiada harta mudah alih yang dapat dirampas, Majlis akan membawa kes-kes tersebut ke Mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

 

Operasi tersebut akan dijalankan di antara jam 8:00 pagi hingga 6:30 petang termasuk hari Cuti Umum oleh Bailif-Bailif yang memakai pakaian seragam berwarna hijau dan membawa kad kuasa masing-masing. Hanya Kenderaan rasmi MPSP akan digunakan di dalam operasi tersebut.

 

Para pemilik dinasihatkan menyemak bil masing-masing dengan segera dan membuat bayaran bagi mengelakkan tindakan tersebut diambil.