Mayor's Message
| Tahun Baru 2026 YBhg. Dato' Hj Baderul Amin Bin Abdul Hamid Datuk Bandar Seberang Perai |
|
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, |
|
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia - Nya, kita telah melabuhkan tirai tahun 2025 dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan di dalam dan luar negara. Pelbagai inisiatif dan inovasi baharu telah diketengahkan serta berjaya dilaksanakan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
|
|
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) tidak pernah ketinggalan dalam merebut peluang, malah terus melangkah ke hadapan dengan memastikan setiap inisiatif selari dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan masyarakat. Berteraskan budaya kerja mesra rakyat, responsif, cekap dan telus, warga MBSP terus bekerja dengan penuh dedikasi dan komitmen. Pendekatan bekerja secara luar biasa menjadi tunjang kepada usaha untuk kekal unggul, relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran yang semakin kompleks.
|
|
Akhir kata, saya merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja MBSP dan warga Seberang Perai atas sokongan, kerjasama dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi. Semoga tahun 2026 menjadi tahun yang lebih gemilang, penuh peluang dan kejayaan buat kita semua. Marilah kita terus bekerja secara luar biasa, berfikir di luar kebiasaan serta berani mencipta kelainan demi memastikan organisasi ini terus unggul dan cemerlang. Setiap cabaran harus dilihat sebagai ruang untuk menambah nilai, memperkukuh sistem penyampaian dan mencari jalan bagi mencatat kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun 2026.
|
|
Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.
|
|
Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
|
|
YBhg. Dato' Hj Baderul Amin Bin Abdul Hamid
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai Pulau Pinang, Malaysia |


