Module For Food Premise Hygiene Inpection And Grading
GRADING FOOD PREMISE
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keperluan Am
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Premis makanan mesti mematuhi kriteria - kriteria berikut :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a.
|
Semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk mendapat suntikan pelalian anti - tifoid;
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b.
|
Semua pengendali makanan mengikuti Kursus Pengendali Makanan; dan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c.
|
Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagi premis yang ingin meningkatkan penarafan bintang, pengusaha premis makanan boleh memohon penggredan semula, walau bagaimanapun pemeriksaan semula premis adalah bergantung kepada kemampuan PBT.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bentuk Penarafan Dan Pengiktirafan :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a.
|
Sijil penarafan gred diberikan kepada pengusaha premis makanan berdasarkan kepada tiga bentuk pengiktirafan (Jadual 2). Penarafan dan pengiktirafan ini hendaklah dipamerkan di premis - premis makanan untuk pengetahuan dan makluman orang ramai. Kegagalan pihak pengusaha dan pengendali premis makanan untuk mempamerkan boleh menyebabkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh PBT selaras dengan Undang - Undang Kecil serta Syarat - Syarat Pelesenan yang ditetapkan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b.
|
Senarai penarafan dan pengiktirafan premis - premis makanan ini boleh juga dimuatkan ke dalam laman web PBT masing - masing bagi menggambarkan ketelusan dan keterbukaan sistem tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c.
|
Contoh Sijil Penarafan Gred A, B, C pengiktirafan kebersihan premis.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penarikan Balik Sijil Pengiktirafan :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a.
|
Berlaku kejadian kes berkaitan penyakit bawaan air dan makanan;
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b.
|
Gagal mengekalkan tahap penilaian kebersihan yang ditetapkan;
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c.
|
Pengusaha dan pengendali makanan yang baru tidak menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk mendapat suntikan pelalian anti - tifoid;
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
d.
|
Pengusaha dan pengendali makanan yang baru tidak mengikuti Kursus Asas Pengendali Makanan yang dijalankan oleh Institusi Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
e.
|
Berada dalam keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan memudaratkan kesihatan; dan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
f.
|
Gagal mematuhi atau melanggar mana - mana syarat pelesenan oleh PBT.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lampiran 1 : Borang Pemeriksaan Dan Penggredan Premis Makanan.
|