e-Participation Policy

Last updated on

e-Participation Policy
Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara - perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan / Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai :
   
1.
Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara - perkara berikut :
 
  • Menyalahi undang - undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah
  • Mengandungi mana - mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web / portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus - virus perisian atau mana - mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana - manaperisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
   
2.
Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
   
3.
Mengancam, mengintip atau memalukan mana - mana pengguna lain.
   
4.
Mengehadkan atau menghalang mana - mana pengguna lain daripada menggunakan laman web ini;
   
5.
Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan laman web, server atau jaringan yang disambungkan kepada laman web.